Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Begitu jugalah yang terjadi pada pemuda (juga pelakon sebelum ini) yang berjaya menempa nama di dunia fesyen London.

Ramzan Miah, 25, telah menandatangani dengan sebuah agensi fesyen dan baru-baru ini mengambil bahagian dalam penggambaran untuk London Fashion Week.

Ramzan menerusi EveningNewsUK memberitahu dia mengambil bahagian dalam sesi penggambaran itu bagi membuktikan sesiapa juga boleh berjaya. Jelasnya, catwalk pertamanya adalah di Minggu Fesyen Norwich dan terlibat dalam sesi London Fashion Week merupakan pengalaman istimewa baginya.

THATS ME ON SKY NEWS!! @skynews

A post shared by R A M Z A N M I A Hâ € (@ramzan_miah) on

Popular di Bangladesh
Selepas melihat gambar pemuda ini, ada tak gadis yang jatuh hati?

Untuk pengetahuan anda, gambar model mula viral dalam kalangan netizen Malaysia beberapa hari lalu dan menerusi komen di Facebook ramai juga menyamakan wajah pemuda ini dengan Ammar Alfian, pelakon filem PASKAL.

Sejauh mana irasnya mereka, anda tentukan.



Berani ya korang samakan dengan Jeb!
Amacam sama tak? Kalau nak lihat banyak lagi gambar model ini anda boleh follow di Instagram Ramzan Miah.