LIFESTYLE
Nak Jadi 'Gamers' Tidak Perlu Barang Mahal-Mahal Lah!
Benarkah jika mahu jadi gamers, barang kelengkapan semua kena mahal? Dari spesifikasi laptop/dekstop sehinggalah perincian kecil lain seperti papan kekunci, mouse, mouse pad.
Adakah dengan segala barangan berkelas tinggi ini menjanjikan pengalaman bermain yang baik? Apa yang boleh saya katakan ia tidaklah semestinya.
Saya berpeluang untuk menggunakan produk HP GK1100 dan tanggapan terhadap barangan gamers terus berubah. Rupanya kita tidak perlu berbelanja banyak untuk dapatkan barangan berkualiti.
Saya senaraikan lima sebab mengapa produk ini antara yang paling best dan bajet buat gamers.
Pertama sekali, janganlah bandingkan dengan produk kelas premium dijual pada harga lebih daripada RM400.
#1 REKAAN PREMIUM BIARPUN...
.jpg)
Namun apa yang boleh dikatakan mengenai produk ini, ia sudah kelihatan premium pada pandangan pertama saya. Solid dan kukuh!
Material digunakan pada papan kekunci terasa agak licin pada awalnya, namun tekstur pada beberapa bahagian menjadikan ia nampak seperti keyboard premium.
Sama seperti mouse yang didatangkan secara kombo dalam kotak ini. Nampak ‘garang’ dengan line LED yang berubah-ubah.
Pertama kali menaip menggunakan keyboard ini, rasanya agak janggal. Namun selepas beberapa minit meluncurkan jari, saya mula jatuh hati. Sangat bagus! Harga murah tapi rasanya sedap.
#2 BERFUNGSI DENGAN PENUH GAYA
.jpg)
Ya ya.. Saya bukanlah ‘hardcore’ gamers tetapi itulah yang disasarkan HP bagi produk ini. Selain untuk bermain game, saya juga cuba menguji keselesan dengan menaip artikel menggunakan keyboard ini.
Dengan harga bawah RM100, kualitinya berjaya meyakinkan saya.
Jika dilihat pada warna yang melingkari setiap butir papan kekunci ini, kombinasi warna pelanginya amatlah cantik. Pasti ramai menganggap keyboard ini mahal kerana didatangkan dengan warna back-light sebegitu.
#3 WARNA KEYBOARD YANG LIT!
_1.jpg)
Namun jangan berharap terlalu tinggi, ia hanya statik dan tidak bergerak. Kalau terdapat sedikit motion, mungkin lebih nice!
Bukan saja kelihatan cantik, ketahanan keyboard ini juga menjangkau 10 juta cycle.
Melengkapi pakej pembelian ini adalah sebuah tetikus atau mouse. Sama seperti keyboard, mouse ini tampak premium pada pandangan pertama.
#4 KOMBO TETIKUS YANG 'GARANG'

Rekaannya boleh saya gambarkan sebagai rugged dan sedikit futuristik pada kelas harganya.Tidak seperti keyboard, saya tiada masalah untuk mengambil masa untuk sesuaikan diri.
Cuma saiznya terasa lebih besar dan sedikit panjang berbanding mouse biasa. Ia mula dirasai sebaik jari telunjuk anda mula untuk skrol mouse berkenaan. Namun ia bukanlah masalah bagi saya.
Selepas hampir 2 minggu menggunakan peranti ini, saya agak kagum kerana kualitinya tidak mengecewakan.
#5 CASUAL GAMERS, INI UNTUK ANDA

Biarpun pada awalnya saya agak curiga kerana harganya agak murah berbanding produk yang saya gunakan sebelum ini, namun apabila mula menggunakannya, semuanya berubah.
HP membuktikan yang produk murah tidak semestinya mengetikan aspek kualiti dan kepuasan pengguna.
Must-Watch Video