Hampir 40 tahun guys! Ya selepas 40 tahun, akhirnya model Mercedes-Benz G-Class kini kembali menjengah pasaran dengan pelbagai ciri baru.

Jika dilihat pada reka bentuknya, ia masih kekal garang, ‘jahat’, atau anda namakan saja apa gelaran terhadap model terbaru ini. Apa yang pastinya kenderaan utilti sukan (SUV) ini digelar sebagai Godfather!


Dari segi spesifikasi dalamanya Godfather ini dijana dijana enjin AMG 4.0L V8 biturbo. Mengenai kelajuannya pula ia mampu memecut 0-100kmj dalam tempoh 4.5 saat.

Kelajuan maksimumnya dihadkan 220kmj atau 240kmj dengan pakej AMG Driver. Pada tertanya, G 63 turut didatangkan dengan mod off road iaitu Sand, Trail dan Rock yang boleh diakses dikonsol tengah.


Harga? SUV Godfather dijual pada harga RM1,464,888 seunit termasuk SST tanpa insurans. Model ini telah pun dilancarkan semalam di Sepang Circut.

Dalam pada masa sama, Mercedes Benz Malaysia turut memperkenalkan dua model lain iaitu Mercedes-AMG GLC 63 S 4Matic+ dan Mercedes-AMG GLC 63 S Coupe 4Matic+.


Model ini berkongsi jenis enjin yang sama dengan Godfather iaitu 4.0L V8 biturbo namun kuasa hanya 510hp dan tork maksimum 700Nm. Biarpun begitu model ini mengatasi aspek pemecutan pantas dengan hanya mengambil 3.8 saat untuk 0-100km/j dengan kelajuan maksimum 270km/j.