Lifestyle

Pernah Disuruh Bleach, 4 Wanita Ini Buktikan Warna Kulit Bukan 'Tiket' Untuk Kekal Relevan!

Hanafis Haris
07/11/2018
05:55 MYT
Sejak akhir-akhir ini isu warna kulit kembali menjadi topik perbualan hangat di media sosial. Semuanya gara-gara posting atau luahan seorang model Sharifah Haneesya Sayed mengenai kecaman netizen terhadap warnai kulitnya serta kontroversi yang kini melanda jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.
Haneesya sebelum ini pernah memberitahu Utusan dia pernah berasa rendah diri dan malu kerana memiliki kulit gelap. Bagaimanapun saban tahun, persepsi orang ramai termasuk industri hiburan terhadap individu berkulit gelap semakin positif menjadikan dia kini tampil lebih yakin.
Cantik tidak semestinya putih guys! Masyarakat juga sudah mula mengubah mentaliti bahawa berkulit putih itu cantik, sementara hitam pula hodoh. Harapnya Malaysia pun begitulah.
Apapun kami senaraikan sebahagian model berkulit gelap yang kini menjadi rebutan industri fesyen, sekali gus menjadi individu penting dalam mengubah stigma negatif ini.

#1 DUCKIE THOT

Hai Barbie! Digelar sebagai real-life Barbie doll, kecantikan gadis ini telah diakui ramai. Warna bukan isu di sini, sebaliknya keberanian untuk gadis ini tampil ke hadapan mengubah mentaliti ramai adalah definasi cantik sebenar.

#2 SLICK WOODS

Kalau anda rasa kekurangan fizikal menjadikan anda lebih tertekan, fikirlah sekali lagi. Model ini membuktikan keyakinan itu lebih penting daripada kesempurnaan di mata masyarakat.
Slick Woods kini menjadi penghias wajah bagi jenama penyanyi Rihana iaitu Fenty Beauty dan Fenty x Puma.

#3 NYAKIM GATWETCH

Model ini pernah dihina supaya bleach kulitnya untuk kelihatan putih. Melampau bukan? Namun beberapa tahun kemudian, dia berjaya membuktikan berkulit putih bukan'tiket' untuk tampil cantik di khalayak ramai. Gadis ini telah pun beraksi dalam New York Fashion Week 2018.

#4 ANOK YAI

Semuanya bermula apabila gambarnya diambil oleh seorang jurugambar ketika berada di Howard University's 2017 Homecoming Yardfest. Gambar itu kemudian dimuat naik ke Instagram dan Anok Yai kini menjadi sebutan ramai kerana keunikan dan kecantikannya.
Selepas melihat kesemua wanita cantik ini, adakah warna kulit masih menjadi keutamaan anda? Tepuk dada tanyalah diri sendiri.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Nonny Nadirah Sakan Bikin Kontroversi, Niezam Zaidi Terkejut– “Dia Hamba Allah Yang Baik…”

gempak
20/07/2024
09:55 MYT
Niezam, 31, berkata, dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat wanita terbabit dan menganggap apa yang terjadi adalah hikmah.
Hiburan

Qistina Khaled Enggan Kejar Populariti Guna Kontroversi

gempak
19/07/2024
14:57 MYT
Pendatang baharu, Qistina Khaled makin giat melonjakkan namanya dalam industri seni lakonan.
Viral

Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Islamik Direman 4 Hari, Bantu Siasatan Berhubung Salah Guna Kuasa Untuk Dapatkan Suapan

gempak
11/07/2024
05:14 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai berhubung salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Hiburan

Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

gempak
11/07/2024
04:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah berkongsi momen pertama kali dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk menyertai program Akademi Fantasia musim kelima.
Viral

Pempengaruh Islamik Terpalit Isu Seleweng Kutipan Derma Mohon Doa Yang Baik - “Alhamdulillah, Saya Dalam Keadaan Sihat”

gempak
11/07/2024
02:58 MYT
Masih menunggu keputusan permohonan reman bagi bantu siasatan atas dakwaan menyeleweng kutipan derma, pempengaruh islamik memberitahu dia kini dalam keadaan sihat sahaja.