Perasan tak sejak dua menjak ini pengeluaran tablet agak sepi di pasaran? Tidak kiralah di luar ataupun Malaysia sekali pun, kehadiran tablet baru dilihat agak perlahan.
Namun baru-baru ini, Huawei telah pun melancarkan produk tablet baru mereka. Bukan satu tetapi dua tablet iaitu MediaPad M5 dan M5 Pro!
Dua variasi dikeluarkan ini memfokuskan dua target pengguna yang berbeza. Jika anda tertanya anda di kelompok mana, apa kata lihat 5 panduan penting ini dahulu.
Kita bukan lagi tinggal yang mana menggunakan skrin sekitar 720p. Jika mahhu membeli tablet, pastikan resolusi paparan mencapai 1080p ataupun mencapai 2560 x 1600 pixel.
Bagi MediaPad M5 dan M5 Pro ini, masing-masing menggunakan resolusi 2K bersaiz 8.4inci dan 10.8 inci. Menariknya kedua-dua ini menyertakan teknologi ClariVu 5.0 yang menjadikan imej kelihatan tajam dengan kadar contras yang seimbang..jpg)
Teringat dulu, kalau guna tablet, jangka hayat tidak lama kerana akhirnya peranti ini disimpan dalam almari. Masalah utama? Lagging!
Oleh itu pastikan cip pemprosesan digunakan adalah dari jenama yang diyakini. Bagi kedua-dua tablet ini, ia menggunakan jenis Kirin 960 yang dihasilkan Huawei sendiri. Sejak pengenalan mengenai procesor ini, ramai yang telah memuji kehebatannya.
Satu lagi perkara menarik adalah model M5 merupakan tablet pertama keluaran Huawei yang menyokong teknologi GPU Turbo.Sokongan ini pastinya menjanjikan prestasi grafik 60% lebih lancar.
Bagi anda yang mencari tablet gaming, maka bolehlah memilih M5 berbanding M5 Pro. M5 memang direka secara khas untuk kepuasan gaming.

Satu lagi isu penting iaitu bateri. Tidak gunalah kalau membeli tablet tetapi ketahahan bateri lebih teruk daripada telefon pintar.
MediaPad M5 dikuasakan dengan bateri sebesar 5,100 mAh manakala 7,500 mAh. Huawei menyatakan ia mampu bertahan sehingga 11 dan 12 jam jika menonton 1080p video.
Jika tidak cukup, fungsi Quick Charge membolehkan tablet ini dicaj penuh dalam tempoh 2 hingga 3 jam. Dalam era moden ini, pastikan fungsi pengecasan pantas ada pada tablet anda.

Pilihlah tablet yang menyokong pelbagai keupayaan menjalankan aplikasi pejabat. Anda memang boleh berharap dengan aplikasi seperti Microsoft, Google Docs, Sheet, namun sedikit sentuhan atau tweak daripada pengeluar pastinya memudahkan lagi pengguna.
Seperti M5 Pro, tablet ini menyediakan mode desktop untuk fungsi pejabat anda. Apa yang dilakukan tablet ini adalah ia akan mengasingkan fail, media, document daripada mode biasa kepada mode desktop.
Janganlah beli tablet yang tidak menyokong aksesori. Ini penting supaya anda boleh melakukan daripada fungsi asas tablet itu sendiri.
Jika mahu gunakannya untuk keperluan bisnes atau pejabat, maka aksesori seperi papan kekunci amat penting. Selain itu stylus juga membantu melancarkan penggunaan harian. M5 Pro menyokong kedua-dua itu.
Untuk gamers pula, anda perlu pilih tablet yang sedikit kecil bagi membolehkan akesori seperti game pad boleh dipasang seperti M5.
Huawei MediaPad M5 dijual pada harga RM1499 dengan tiga variasi warna iaitu Space Gray dan Champagne Gold. M5 Pro pula dijual pada harga RM1899 dengan warna Space Gray.
Namun baru-baru ini, Huawei telah pun melancarkan produk tablet baru mereka. Bukan satu tetapi dua tablet iaitu MediaPad M5 dan M5 Pro!
Dua variasi dikeluarkan ini memfokuskan dua target pengguna yang berbeza. Jika anda tertanya anda di kelompok mana, apa kata lihat 5 panduan penting ini dahulu.
#1 PASTIKAN RESOLUSI SKRIN DI TAHAP TINGGI.
Kita bukan lagi tinggal yang mana menggunakan skrin sekitar 720p. Jika mahhu membeli tablet, pastikan resolusi paparan mencapai 1080p ataupun mencapai 2560 x 1600 pixel.Bagi MediaPad M5 dan M5 Pro ini, masing-masing menggunakan resolusi 2K bersaiz 8.4inci dan 10.8 inci. Menariknya kedua-dua ini menyertakan teknologi ClariVu 5.0 yang menjadikan imej kelihatan tajam dengan kadar contras yang seimbang.
#2 PROCESSOR TINGGI BAGI KEUPAYAAN GAMING DAN MULTIMEDIA
.jpg)
Teringat dulu, kalau guna tablet, jangka hayat tidak lama kerana akhirnya peranti ini disimpan dalam almari. Masalah utama? Lagging!
Oleh itu pastikan cip pemprosesan digunakan adalah dari jenama yang diyakini. Bagi kedua-dua tablet ini, ia menggunakan jenis Kirin 960 yang dihasilkan Huawei sendiri. Sejak pengenalan mengenai procesor ini, ramai yang telah memuji kehebatannya.
Satu lagi perkara menarik adalah model M5 merupakan tablet pertama keluaran Huawei yang menyokong teknologi GPU Turbo.Sokongan ini pastinya menjanjikan prestasi grafik 60% lebih lancar.
Bagi anda yang mencari tablet gaming, maka bolehlah memilih M5 berbanding M5 Pro. M5 memang direka secara khas untuk kepuasan gaming.
#3 KETAHANAN BATERI

Satu lagi isu penting iaitu bateri. Tidak gunalah kalau membeli tablet tetapi ketahahan bateri lebih teruk daripada telefon pintar.
MediaPad M5 dikuasakan dengan bateri sebesar 5,100 mAh manakala 7,500 mAh. Huawei menyatakan ia mampu bertahan sehingga 11 dan 12 jam jika menonton 1080p video.
Jika tidak cukup, fungsi Quick Charge membolehkan tablet ini dicaj penuh dalam tempoh 2 hingga 3 jam. Dalam era moden ini, pastikan fungsi pengecasan pantas ada pada tablet anda.
#4 KEUPAYAAN SEPERTI DESKTOP/LAPTOP

Pilihlah tablet yang menyokong pelbagai keupayaan menjalankan aplikasi pejabat. Anda memang boleh berharap dengan aplikasi seperti Microsoft, Google Docs, Sheet, namun sedikit sentuhan atau tweak daripada pengeluar pastinya memudahkan lagi pengguna.
Seperti M5 Pro, tablet ini menyediakan mode desktop untuk fungsi pejabat anda. Apa yang dilakukan tablet ini adalah ia akan mengasingkan fail, media, document daripada mode biasa kepada mode desktop.
#5 KEMUDAHAN AKSESORI