Lifestyle
Plug-in: Ketahahan Bateri Asus ZenFone Max Pro M2...Mengagumkan!
ASUS Zenfone Max Pro M1 bagi saya antara telefon pintar kelas pertengahan bajet yang cukup berjaya. M1 mendapat pujian ramai khususnya dalam aspek ‘gaming’ dan juga ketahanan bateri. Saya sendiri menggunakan model M1 sebelum ini.
Bateri sebesar 5,000 mAh dan Snapdragon 636 bagi peranti dalam kelas lingkungan bawah RM1,000. ASUS bijak bermain dengan apa yang diperlukan pengguna berbanding hanya mengikut trend semasa.
Kali ini ASUS muncul dengan generasi kedua siri terbabit iaitu Zenfone Max Pro M2 dan kali terdapat beberapa penambahbaikan yang ditampilkan.
Saya turut berkesempatan untuk ‘terbang’ ke Jakarta Indonesia sempena majlis pelancaran Asus dan selama hampir seminggu menggunakan peranti ini ada tiga perkara yang anda perlu tahu sebelum membelinya.
PROCESSOR SNAPDRAGON 660 BERTAMBAH LAJU DAN EFISYEN
Secara ringkasnya M2 dilengkapi skrin LCD HD penuh dengan saiz sebesar 6.3 ini. Paling penting ia dilindungi kaca Corning Gorilla Glass generasi keenam, sekali gus lebih tahan 2 kali ganda dari model sebelumnya.Malah rekaan belakang juga ditukar dari metal ke kaca (mudah digenggam dan lebih cepat sejuk!)
Bagi aspek performance pula, Model Max Pro M1 bagi saya sudah cukup memadai untuk menjalankan tugas-tugas harian termasuklah bermain permainan mudah alih. Walaupun bukan dijana cip pemprosesan tinggi, namun ia sudah memadai.
M2 juga tidak terkecuali, malah Snapdragon 660 ini dikuasakan oleh AIE (artificial intelligence engine). Tugas AIE ini memantau pergerakan dan tahap penggunaan anda untuk dilaraskan mengikut tenaga diperlukan. Lebih efisyen.
Semasa menggunakan peranti ini, ia terasa laju dan smooth hingga saya lupa range harga peranti ini! Aplikasi dibuka dengan pantas, dan bermain game juga tidak membuatkan peranti ini panas berbanding model kelas pertengahan lain.
Anda boleh lihat skor M2 di bawah.
PENINGKATAN KAMERA YANG KETARA
Elemen penting buat semua pengguna termasuklah saya. Jika dilihat kualiti dihasilkan M1 sebelum ini, ia tidaklah mengagumkan dan apa yang pasti ia juga tidaklah teruk.M2 juga bagi saya begitu, namun jika kita kembali kepada ‘range’ harga ditawarkan, M2 menyaksikan peningkatan yang agak ketara. Ia diperkui oleh jurugambar profesional Peter Tan!
Anda boleh lihat hasil profesional ini di bawah.
M2 dilengkapi 12MP (f/1.8, 1.25-micron) dan 5MP untuk kamera utama manakala bahagian depan pula ia dilengkapi 13 MP.
Pada pandangan saya, jika pencahayaan cukup, ia tiada masalah untuk hasilkan imej yang tajam dan cantik. Malah potret mod M2 juga not bad dan boleh diharap!
Namun, jika keadaan kurang bercahaya, ada ketika gambar dihasilkan kelihatan sedikit kabur.
Anda boleh lihat sampel gambar sekitar Central Park, Jakarta.
Hasil gambar potret ini diambil di dalam ofis kami dengan keadaan cahaya yang agak kurang. Secara keseluruhannya kamera M2 berjaya mengasingkan subjek daripada background dengan baik. Tidak sempurna, namun masih boleh diterima.
KETAHAHAN BATERI BUAT SAYA JATUH CINTA!
Ok kita sudah sampai pada part menarik yang saya rasa anda patut pertimbangkan. Peranti ini dikuasakan dengan bateri sebesar 5,000 mAh dan sepanjang menggunakannya, screen-on-time (SOT) yang saya peroleh adalah lebih daripada 6 jam!Secara kiraan mudahnya, peranti ini berjaya bertahan sehingga 1 hari 6 jam ketika saya di Jakarta. Hanya dua kali cas diperlukan iaitu sebelum berlepas, dan semasa mahu meninggkalkan Jakarta.
Apa yang saya guna adalah WhatsApp, Facebook, Instagram, Pages, YouTube, Spotify, PUBG, Contra, kamera, Lightroom dan paling penting adalah saya turut membuka ‘hot-spot’ hampir setiap masa.
Saya percaya jika anda adalah ‘light user’, anda mungkin boleh mencapai 2 hari. Namun selama satu minggu ini kadar jam yang saya dapat hampir sama iaitu sekitar 1 hari 6 jam.
JADI ADAKAH IA BERBALOI?
Secara jujurnya saya suka pada Asus Zenfone Max Pro M1 dan begitu juglah pada M2. Jika anda jenis mementingkan ketahanan bateri seperti saya, maka tiada masalah untuk menggunakan M2. Malah anda akan rasa lebih lega kerana tidak perlu mengecas terlalu kerap.Begitu juga dengan keupayaan processor. Jika anda kerap menggunakan peranti untuk sosial media dan gaming, M2 juga tiada masalah!
Satu perkara mengenai aspek kamera, M2 dihasilkan mengikut range atau sasaran pengguna tertentu yang mencari peranti bawah RM1,000. Dalam radius ini, M2 boleh dikatakan agak menyerlah..
Tidak dilupakan M2 turut mempunyai trislot untu dua simkad serta kad memori! Bonus!
Jika ada kekurangan yang mungkin boleh ditambah baik oleh pihak ASUS adalah kelajuan mengecas dan juga 'haptic feedback' ketika menggunakan papan kekunci. Selain itu, kualiti untuk penggambaran malam mungkin boleh ditambah baik menerusi kemas kini akan datang (night mode contohnya)/
ASUS ZenFone Max Pro (M2) tampil dengan dua varian iaitu:
- 4GB RAM + 64GB dijual pada harga RM859
- 6GB RAM + 64GB dijual pada harga RM999.
Must-Watch Video