LIFESTYLE
Plug-in: Perlukan Bluetooth Headset Dan Speaker? 6 Ini Yang Terbaik!
Jika dulu ramai yang skeptikal dengan bluetooth headset kerana penggunaan port 3.5mm pada telefon pintar masih terbuka luas. Bagaimanapun semuanya berubah selepas satu persatu pengeluar meninggalkan port terbabit.
Apapaun siapa boleh menidakkan penggunaan jenis wireless ini sebenarnya lebih mudah dan lebih praktikal bukan?
Jika ada yang tertanya-tanya apakah jenis atau jenama yang patut dibeli pada tahun 2018 ini, kami senaraikan apa yang terbaik yang boleh dipertimbangkan! Daripada bajet hinggalah yang premium buat audiophile.
Namun sebelum itu, perlu diperjelaskan bluetooth headset mempunyai tiga kategori berbeza. Mono, stereo dan speaker!
Mono: Ia mempunyai satu bahagian saja dan sesuai jika anda seorang yang multitasking. Anda boleh lihat ahli perniagaan yang sering memakai bluetooth headset jenis mono ini..
Stereo: Ini pilihan terbaik untuk mendengar muzik, bermain game dan menonton video. Pendek kata ia sesuai untuk apa jua jenis hiburan. Pengeluar kini berlumba-lumba mengeluarkan produk yang gempak dan stylish.
Speaker: Jika anda mahukan satu julat bunyi yang lebih besar maka pilihan ini lebih sesuai. Peranti ini juga semakin hari semakin kecil dan portable.
Bila sebut mengenai bluetooth headsets jenis mono, Plantronic antara jenama yang meyakinkan. Jika mahu yang murah dan pada masa sama tidak mengabaikan kualiti, ini antara model yang bagus.
#1 PLANTRONIC MARQUEE 2

Peranti ini dibina dengan bahan plastik, jadi ia lebih ringan. Selain itu finishing hitam yang ditampilkan menjadikan ia tampak premium dan tidak murah.
Antara kelebihan bluetooth ini adalah fungsi DeepSleep Mode, 11 jam masa berbual dan baterinya pula boleh dicas penuh dalam hanya dua jam.
Harga: RM399 Anda boleh dapatkan Lazada.
Antara bajet headset yang tidak mengabaikan rekaan moden. Peranti ini dilengkapi fungsi noise cancelling dan juga multipoint technology yang membolehkan dua peranti bluetooth digunakan.
#2 JETECH H0781

Kepuayaan DeepSleep mode pula meningkatkan ketahanan bateri sehingga 14 jam masa standby. Biarpun model ini agak lama, namun ia masih berbaloi untuk dibeli.
Jika mahu mendengar lagu dan pada masa sama mahukan fungsi menjawab panggilan, maka SBH20 ini agak versetile. Jika lihat pada rekaannya, ia mengingatkan kita dengan iPod shuffle.
#3 SONY SBH20

Selain capaian Bluetooth, SBH20 ini juga dilengkapi NFC untuk memudahkan penyambungan.
Harga: RM199 Anda boleh dapatkan di Lazada.
Rekaan Level U Pro ini mungkin tidak sama seperti peranti yang lain, namun ianya lebih fleksibel, ringan dan ergonomik. Rekaan sebegini lebih selesa terletak di leher anda.
#4 SAMSUNG LEVEL U PRO

Kualiti dihasilkan not bad dan turut tersedia pada peranti ini adalah butang untuk mengawal muzik dan panggilan.
Harga: RM369 Anda boleh dapatkan di Lazada.
Jika anda benar-benar into muzik, pasti kenal jenama ini. Jenama yang sinonim dengan peralatan amplifiers. Sebenarnya di bawah line up Marshall, mereka juga mempunyai produk bluetooth headset dan antaranya adalah Marshall Major II Bluetooth!
#5 MARSHALL MAJOR II BLUETOOTH

Jika lihat rekaannya kali ini, ia masih mengekalkan gaya ikonik yang sinonim dengan Marshall. Padanan warna hitam dan emas juga sangat minimalis!
Fungsi utama lain yang menjadikan ia antara bluetooth headset terbaik adalah ketahanan baterinya yang berupaya bertahan sehingga 30 jam. Ia juga turut menyokong teknologi audio codec aptX.
Menariknya mengenai Major 2 ini, ia tidak hanya didatangkan dengan versi bluetooth semata-mata, malah ia juga menyediakan versi berwayar.

#6 KILLBURN MARSHALL

Kualitinya pula dihasilkan dengan seimbang. Malah tombol analog pada speaker ini membenarkan anda mengawal dan tune nada bunyi bersesuaian. Peranti ini mampu bertahan sehingga 20 jam.
Kalau rasa Killburn ini berat dan mahukan lebih simple sedikit, maka terdapat juga pilihan Stockwell. Ia lebih portable dengan berat sekadar 1.2 kilogram.

Anda boleh dapatkan di Lazada dan beberapa platform lain seperti Harvey Norman.
Must-Watch Video