Lifestyle
Plug-in: Sukar Buat Pilihan? Ini Lima 'Dash Cam' Terbaik Untuk Kereta Anda!
Bak kata pepatah malang tidak berbau dan langit pula tidak selalunya cerah.
Apa saja boleh berlaku sepanjang kita memandu di jalan raya.
Jika berbicara mengenai gajet terbaik untuk keselamatan kereta pula, pastinya kamera dash adalah yang terbaik dan wajib ada di dalam kereta!
Apa jua yang berlaku sepanjang perjalanan, direkod dan disimpan di dalam memori kamera.
Menariknya mengenai setiap rakaman ini, ia bukan hanya tertakluk kepada kes kemalangan semata-mata, malah ia boleh dijadikan bukti lain sekiranya ia dirakam di hadapan atau belakang kereta anda.
Tidak hairanlah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut bercadang untuk memasang ‘dash cam’ pada semua ambulan bagi tujuan mengenal pasti kenderaan yang menghalang laluan ketika kecemasan.
Begitu hebat dan pentingnya dash cam masa kini.
Namun untuk anda yang baru berjinak-jinak untuk menggunakan dash cam, mungkin anda patut pertimbangkan empat aspek ini.
KUALITI VIDEO UNTUK IMEJ TERPERINCI
Aspek pertama yang penting sebelum membeli dash cam adalah kualiti video dihasilkan.
Jika rakaman tidak beresolusi tinggi dan pecah, pasti sukar untuk melihat semua video terbabit.
Oleh itu, dapatkan dash cam sekurang-kurangnya mampu merekod dalam resolusi 1080p berbanding 720p.
KEHADIRAN PAPARAN SKRIN
Faktor kedua yang harus dipertimbangkan adalah skrin.
Berbanding action cam, kekerapan untuk pengguna menghubungkan dash cam ke telefon pintar adalah sangat rendah.
Oleh itu, dash cam dengan kemudahan skrin adalah sangat bagus. Bukan hanya mudah untuk membuat aturan malah mampu menayang semula klip video.
KEMUDAHAN PEMASANGAN ATAU “MOUNTING’
Elemen ketiga ini juga penting bagi memastikan kedudukan dashcam berada di tempat yang sepatutnya.
Sama seperti peranti lain, alat ini juga perlu dipasang dengan betul bagi mengelak ia jatuh dengan mudah.
Sesetengah dash cam disertakan dengan pakej lengkap alat pemasangan sama ada menerusi ‘suction cup mount’ atau ‘tape mount’.
Terpulang kepada anda mahukan pemasangan yang boleh diubah-ubah menggunakan ‘suction cup mount’ atau yang dilekatkan secara tetap menggunakan ‘tape mount’.
Apa yang lebih penting adalah kestabilan dash cam ketika memandu.
Satu lagi perkara yang perlu diambil kira adalah sama ada ia mudah dilihat dari luar atau tidak.
Perkara ini penting untuk mengelak kereta anda dipecah masuk.
SAMBUNGAN WIFI TERUS KEPADA TELEFON PINTAR
Aspek seterusnya adalah kemudahan sambungan Wi-Fi.
Fungsi ini amat penting jika anda ingin melihat secara terus rakaman video menerusi telefon pintar.
Ia juga memudahkan untuk anda memuat turun data video seterusnya memuat naik ke media sosial.
Setelah meneliti kesemua aspek ini, mari kita lihat pula lima dash cam terbaik 2018 untuk kereta anda!
1. COBRA CDR 840
Secara keseluruhannya dash cam ini kelihatan moden dan mudah digunakan.
Kualiti video yang diambil pula HD penuh dengan sudut penggambaran sehingga 118 darjah.
Terbina dengan GPS dan turut menyediakan ruangan kad memori.
Jika anda mahukan dash cam yang ‘stylish’ dan pada masa sama mempunyai segala fungsi hebat, model ini antara yang terbaik.
2. YI SMART DASH CAMERA
Jenama Xiaomi memang dikenali kerana penghasilan kamera aksi seperti YiCam. Kini mereka juga tidak ketinggalan menghasilkan dash cam.
Yi Smart Dash Camera menghasilkan rakaman 1080p dengan sudut 165 darjah.
Mempunyai slot memori kad, namun model ini tidak terbina GPS.
Harga bagi model ini adalah antara RM280 hingga RM369. Anda boleh dapatkannya di Lazada.
3. GARMIN DASH CAM 35
Jenama Garmin cukup dikenali sebagai alat pengesan GPS yang cukup baik.
Model Dash Cam 35 mewarisi reputasi berkenaan dengan menghasilkan fungsi yang hampir sempurna dengan harga yang masih berpatutan.
Secara umumnya, dash cam ini menghasilkan rakaman 1080p dengan sudut 113 darjah. Selain itu ia turut mempunyai slot memori kad dan juga GPS.
Namun, apa yang membuatkan model ini menyerlah berbanding yang lain adalah keupayaan skrin sentuhya.
Malah sistem amaran ‘speed trap’ juga mungkin satu bonus buat pengguna.
Peranti ini dijual pada harga RM835. Anda boleh dapatkannya di 11street.
4. THINKWARE F770
Dashcam Thinkware berkemungkinan antara model terbaik di pasaran dengan harga yang tinggi.
Kamera ini menghasilkan rakaman video pada resolusi 1080p dengan sudut 140 darjah.
Terbina GPS dan mempunyai memori dalaman dan slot mikro SD.
Kekuatan utama dash cam ini adalah kualiti kameranya yang menggunakan sensor Sony 2.19 megapixel (MP).
Kualiti kamera terutamanya pada waktu malam antara terbaik di pasaran ketika ini.
Namun, harganya dilihat masih lagi mahal walaupun telah lama berada di pasaran.
Harga yang dijual adalah RM1954. Anda boleh dapatkannya di 11street.
5. GARMIN DASH CAM 55
Berkemungkinan pilihan paling tepat untuk anda yang mahukan dash cam paling terbaik 2018.
Jika Garmin Dash Cam 35 dibina pada kelas pertengahan, model 55 ini pula dibina pada spesifikasi ‘flagship’.
Jika kebanyakan dashcam hanya merekod pada resolusi 1080p, Garmin Dash Cam 55 pula mampu merekod pada 1440p.
Menggunakan lensa kamera 3.7MP, peranti ini turut menyediakan paparan skrin LCD sebesar 2 inci.
Selain resolusi yang lebih tinggi, lensa kamera digunakan juga mampu menghasilkan gambar yang amat baik pada keadaan gelap.
Saiz kamera ini juga amat kompak dan mengingatkan kita kepada GoPro.
Intergrasi aplikasi Garmin Virb dengan peranti ini juga memudahkan anda untuk menguruskan kandungan video dan tetapan.
Penggunaan ‘mount’ juga direka dengan cukup bijak dengan penggunaan magnet. Ia memudahkan anda untuk melekat atau menanggalkan dash cam dengan mudah.
Peranti ini dijual pada harga RM 1646. Anda boleh dapatkanya di 11street.
BONUS! NEXTBASE BIKE DASH CAM UNTUK MOTOSIKAL
Akhirnya terdapat juga dashcam yang dibina khas untuk penunggang motosikal!
Model Nextbase BikeCam merekod rakaman pada resolusi 1080p dengan kemudahakan GPS dan Wi-Fi.
Fungsi kalis air dan kemudahan ‘mount' juga memudahkan ia diletakkan pada ‘handle’ motosikal.
Sensor G terbina pada kamera ini pula mampu mengesan impak kemalangan untuk merekod dan menyimpan data secara automatik.
Harga yang dijual adalah pada RM1,118. Anda boleh terus ke laman web NextBase jika mahu membeli peranti ini.
Must-Watch Video