Mungkin anda sudah tahu bahawa peserta kelahiran Malaysia, Diana Chan telah membawa pulang trofi Masterchef Australia musim ke-9 dalam acara finale musim itu beberapa bulan yang lalu. Namun, anda bakal menyaksikan pertempuran Diana bersama dengan pesaingnya, Ben Ungermann dalam episod finale Masterchef Australia musim ke-9 malam ini pada jam 8 malam di saluran Lifetime (Astro Saluran 709).

It was all a dream. ??‍?#MasterchefAU

A post shared by Diana Chan (@diana.chan.au) on

Not long to go now! Final 2!!!!! #MasterchefAU ?‍??✌?

A post shared by Diana Chan (@diana.chan.au) on

Jika sebelum ini seorang peserta kelahiran Pulau Pinang, Adam Liaw telah memenangi pertandingan ini pada musim kedua, Diana Chan merupakan rakyat Malaysia kedua yang telah memenangi pertandingan ini. Sering menghidangkan hidangan yang berasaskan Asean, Diana dianggap sebagai pesaing yang hebat sepanjang episod tersebut. Peserta yang menetap di Melbourne ini bijak menghasilkan hidangan yang inovatif untuk memikat hati juri. Berjaya membawa pulang 250,000 Dollar Australia dan trofi Masterchef Australia, ini dua resipi dari Diana Chan yang telah menambat hati juri semasa berada di dalam pertandingan ini.

Ikan Maharaja Masak Merah dengan Sos Masam Manis

A post shared by Diana Chan (@diana.chan.au) on


Sos Masam Manis
8 batang cili merah, dibuang biji dan dipotong.
4 batang serai.
4 bawang merah, dicincang halus.
8 ulas bawang putih.
12 helai daun limau purut, dicarik.
12g cili kering, direndam dalam air panas.
2 sudu kecil minyak biji anggur.
4 tomato, dipotong dadu.
3 tangkai daun pudina.
4 biji limau purut diambil jusnya.
4 sudu kecil gula.

Daun Kari Rangup
250ml minyak canola
3 tangkai daun kari

Salad Herba
2 batang cili merah, dicincang halus.
Segenggam daun ketumbar
½ cawan daun pudina
½ cawan daun basil
Sebiji limau purut, diambil jusnya.

Ikan Maharaja Goreng
2 x 400g filet ikan merah maharaja.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1 sudu kecil garam.
2 sudu kecil minyak biji anggur.

Cara-cara memasak:
  1. Untuk sos masam manis, masukkan cili merah, batang serai (ambil yang putih sahaja dan simpang yang hijau), bawang merah, bawang putih, 6 helai daun limau purut ke dalam pengisar dan kisar kasar. Masukkan cili kering yang telah lembut tadi dan kisar sehingga halus, ketepikan seketika.
  2. Panaskan kuali dan letakkan minyak. Masukkan batang serai hijau, lebihan daun limau purut serta pes cili dan masak hingga berbau wangi.
  3. Masukkan tomato, daun pudina, gula dan 500ml air.
  4. Biarkan mendidih selama 25-30 minit sehingga tomato terlerai dan kuah menjadi pekat dan boleh diangkat. Biarkan sejuk sebelum dihidang.
  5. Bagi daun kari tadi, panaskan minyak dan goreng daun kari sehingga rangup dan angkat.
  6. Untuk salad, letakkan semua bahan-bahan salah ke dalam mangkuk. Perisakan dengan garam dan letakkan ke dalam peti sejuk.
  7. Bagi ikan maharaja, potong setiap filet kepada dua bahagian. Sapukan serbuk kunyit dan dicampurkan sedikir garam.
  8. Panaskan minyak, letak ikan tersebut ke dalam kuali (kulit ke bawah). Goreng selama 3-4 minit sehingga kulit menjadi rangup dan terbalikkan filet ikan tersebut selama 2-3 minit lagi sehingga masak. Apabila masak, angkat ikan dan biarkan sejuk seketika.
  9. Untuk menghidang, tuang sedikit sos masam manis ke atas pinggan dan letakkan ikan maharaja tadi di atas sos tersebut. Hiaskan dengan daun kari rangup tadi dan susun salah herba tadi di sisi ikan.

Udang Bersama Salsa Nanas, Kerak Parmesan dan Sos Udang Berkrim

A post shared by Diana Chan (@diana.chan.au) on


Salsa nanas
1 sudu kecil minyak sayuran.
1/4 nanas, dikupas dan dipotong menjadi cube 5mm.
1 sudu kecil gula.
1 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang halus.
1 biji cili hijau, dibuang biji dan dicincang halus.

Kerak Parmesan
1 biji telur putih.
30g mentega, dicairkan dan disejukkan.
30g tepung.
20g keju parmesan diparut.

Udang Cili Panggang
16 ekor udang besar. (Kepala, kulit dan kaki diasingkan)
1 biji cili merah, dibuang biji dan dicincang halus.
20ml minyak biji anggur.
Garam untuk perasa.

Sos udang dan ikan bilis
20ml minyak biji anggur
Kepala dan kulit udang.
1 filet ikan bilis
200ml krim
2 sudu kecil minyak

Kaki udang goreng
375ml minyak biji anggur
Kaki udang.

Hiasan
Kacang panjang hijau yang dipotong.
Garam dan lada sulah sebagai perasa.

Cara-cara memasak:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah celsius.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan nanas didadu dan masak dalam 5-6 minit. Kacau sehingga warnanya bertukar keemasan. Masukkan gula dan kacau selama 2 minit sehingga nanas sebati bersama gula. Angkat kuali dan masukkan cili dicincang dan kacak sehingga rata.
  3. Bagi kerak parmesan, ambil dulang membakar dan kertas membakar. Ambil putih telur dan kacak sehingga halus. Tambahkan mentega, tepung, garam dan kacau sebati. Sudukan adunan dan sapukan dalam dulang pembakar dalam bentuk bulatan berukuran 12x8cm. Taburkan keju parmesan diparut dan masukkan ke dalam ketuhar selama 8-10 minit. Keluarkan kerak tadi, angkat kerak dan letakkan di atas rol untuk membentuk kerak agar ia berbentuk lengkung. Habiskan semua kerak dan taburkan garam ke atas kerak sebagai perasa.
  4. Untuk udang cili panggang, cincang udang menjadi kecil dan letakkan ke dalam mangkuk. Masukkan cili, minyak dan garam. Toskan adunan dan perap ia selama 20 minit di dalam peti ais.
  5. Bagi sos udang dan ikan bilis, panaskan minyak dan masak kepala dan kulit udang sehingga garing. Masukkan bahan tadi dalam pemproses makanan bersama ikan bilis. Proseskan ia sehingga menjadi pes. Masukkan adunan ke dalam kuali dan tambah krim dan susu. Masak selama 2-3 minit. Angkat sos tadi dan tapiskan menggunakan kain muslin dan isi kuah tadi ke dalam jug.
  6. Bagi kaki udang goreng, panaskan kuali leper dengan sikit minyak. Masukkan kaki udang dan masak selama 2-3 minit sehingga merah. Kemudian, angkat.
  7. Bagi memasak udang cili panggang yang diperap tadi, ambil kuali pemanggang, panaskan dan masukkan udang. Kacau sehingga ia berwarna merah selama 2-3 minit dan angkat.
  8. Untuk menghidang, susun udang cili panggang tadi di tengah-tengah pinggan. Letakkan salsa nanas tadi di atas udang dan kacang hijau potong dan kaki udang goreng ditepi. Tambah 3 keping kerak parmesan dan susun sebagai hiasan. Hidangkan bersama sos udang dan ikan bilis disisi.