Jenama Radio nombor satu Pantai Timur, GEGAR, telah bekerjasama dengan Go Shop untuk menawarkan GEGARMall, pengalaman membeli-belah baharu melalui platform Go Shop.

GEGARMall menyediakan tawaran eksklusif, produk-produk khas dan variasi yang hebat untuk produk inovatif dari jenama terkenal dalam kategori gaya hidup Muslimin dan Muslimat, rumah, fesyen dan kecantikan.

Team Gegar Pagi

Peminat-peminat GEGAR di Pantai Timur kini dapat membeli-belah di GEGARMall melalui semua saluran dalam talian, di radio dan juga melalui peranti mudah alih. Kerjasama ini bermatlamat menjangkau ke pelanggan baru serta meninggikan pengalaman membeli-belah bagi pelanggan sedia ada.

Pelanggan boleh melayari GEGARMall melalui www.goshop.com.my/gegarmall dan melalui aplikasi mudah alih Go Shop. Sempena dengan pembukaan GEGARMall, para pelanggan boleh menikmati diskaun 20% dengan perbelanjaan minima RM200 dari sekarang hingga 16 Oktober 2018.

Peminat GEGAR boleh mendengarkan GEGAR di radio, saksikan laman media sosial GEGAR atau bertemu dengan pasukan KRU GEGAR untuk mendapati kod promo tersebut. GEGARMall turut mempunyai promosi-promosi hebat bulanan dan pelbagai tawaran menarik pada bulan-bulan yang akan datang nanti.

Shopping jadi lagi mudah!

Selain daripada tawaran pembukaan GEGARMall, GEGAR sedang menjalankan peraduan “Menang di GEGARMall" sehingga 28 September 2018. Dalam pertandingan ini, GEGAR akan menghadiahkan baucar tunai bernilai RM8000 untuk dibelanjakan di GEGARMall.

Untuk mengambil bahagian dan memenangi baucar tunai ini, peminat-peminat boleh menonton video harian yang disiarkan oleh penyampai radio GEGAR yang akan mempromosikan produk terpilih di GEGARMall serta menjawab soalan-soalan di udara berdasarkan video.