Masih ingat lagi lamaran seorang penyokong kepada pasangannya ketika perlawanan Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2018, Malaysia vs Myanmar di Stadium Bukit Jalil, malam Sabtu lalu?

Tindakan itu mendapat tepukan gemuruh dan sokongan penuh kesemua penyokong yang menyaksikannnya. Namun tahukah anda rupanya lelaki terbabit sudah merancang sekitar tiga minggu!

G Roshan, 27, menerusi Harian Metro memberitahu dia membuat perancangan awal selepas mendapat kerjasama dengan penganjur.

Roshan yang juga seorang doktor juga memberitahu dia sudah pun meminta izin dan restu daripada kedua-dua belah keluarga.

A post shared by ERA - Muzik Hit Terbaik (@era.je) on


“Dia (Shinna) menangis selepas melihat iklan yang dipaparkan di layar skrin besar berubah kepada ‘Jom kahwin saya Shinna?

“Ketika itu juga saya bertanyakan soalan sudikah berkahwin dengan saya. Kemudian saya sarungkan cincin ke jarinya dengan menerima tepukan gemuruh dan sorakan penonton di stadium pada malam itu,” katanya.

Jelasnya, dia juga amat gembira kerana mendapat sokongan ramai rakyat Malaysia pada malam itu.
Difahamkan, hampir 83,000 penonton menyaksikan aksi lamaran berkenaan. Apapun tahniah kepada Roshan!