Buat pengumpul dan penggemar koleksi jam tangan G-Shock, ada satu lagi kejutan istimewa buat anda semua.

G-Shock kali ini bekerjasama dengan pengeluar francais robot popular Jepun, Gundam bersempena dengan ulang tahun ke 40 mereka.Disebabkan itu, koleksi kali ini akan hadir bersama rekaan yang menampilkan elemen robot Gundam paling popular.

Ada 4 koleksi semuanya iaitu RX-78-2 Gundam, RX-0 Unicorn Gundam, RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee dan RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee.

RX-78-2 Gundam



RX-0 Unicorn Gundam



RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee



RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee



Harga? Tiga koleksi iaitu RX-0 Unicorn Gundam, RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee dan RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee dijual antara 1,090 Yuan/18,000 Yen iaitu sekitar RM655.

Model RX-78-2 Gundam G-Shock dijual lebih tinggi iaitu sekitar 1,390 Yuan/23,000 Yan atau RM830.

Jika anda yang berminat, koleksi terhad ini hanya boleh ditempah menerusi laman web Taobao.com.