Lifestyle
Warga Shah Alam, Central I-City Atau Sogo 2 Bakal Dibuka Kepada Umum 27 Mac Ini
Selepas kehadiran pusat membeli-belah Plaza Shah Alam, SACC Mall dan Aeon Shah Alam, kini Shah Alam bakal menerima kehadiran sebuah lagi pusat membeli-belah terbaru, Central I-City.
Tarikan terkini di Shah Alam ini bakal membuka gedungnya pada 23 Mac bermula jam 9 pagi sebelum perasmiannya pada 27 Mac ini.
Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, bersebelahan dengan I-City, pusat membeli-belah ini turut mempunyai gedung utamanya, Sogo Department Store.
Kini anda tak perlu lagi bersesak-sesak untuk ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk membeli kelengkapan raya atau perkahwinan, Shah Alam juga dah ada Sogo.
Pusat membeli-belah ini juga menempatkan 350 kedai dengan enam tingkat ruang runcit dan tiga tingkat tempat parkir kereta.
Selain pawagam MBO Space U8 di Bukit Jelutong, warga Shah Alam juga akan mempunyai pawagam TGV Cinemas dengan dewan IMAX mereka tersendiri. Tak perlu lagi pergi ke Sunway Pyramid atau One Utama untuk menonton wayang.
Berkeluasan 200,000 kaki persegi, pusat membeli-belah ini turut berdekatan dengan hotel-hotel mewah iaitu Double Tree by Hilton dan Best Western selain bangunan residen.
Antara jenama-jenama lain yang sudah mengesahkan bakal membuka stor mereka adalah Village Grocer, ACE Hardware, Padini Concept Store, SportsDirect.xom, Uniqlo, Innisfree, Guardian, Kiehl's, Laneige, Levi's dan termasuklah 4Fingers, Boat Noodle serta banyak pilihan kedai makanan lain.
Pusat membeli-belah Central I-City ini pastinya menarik lebih ramai warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya untuk mencari barangan keperluan, makan dan bersiar-siar.
Must-Watch Video