Muzikal Lawak Superstar 2
MLS2: “Tak Ada Niat Hukum Sesiapa” – Tak Kecil Hati Zuzuzu Terima Teguran
Anggota kumpulan Zuzuzu, Zahid Baharudin tidak kecil hati dengan teguran daripada juri mahu pun netizen.
Menurut Zahid, Zuzuzu menerima dan memandang segala komen yang diberikan dari sudut positif.
Zahid menjelaskan perkara itu menerusi posting di akaun Instagramnya baru-baru ini.
“Setiap teguran, komen dan kritikan kami ambil dengan fikiran yang positif. Niat kami ingin melawak sambil memberi peringatan pada semua untuk berhati-hati dengan situasi sekarang iaitu ramai yang mengambil kesempatan dalam kesempitan orang.
“Tak ada niat untuk menghukum sesiapa dalam sketch kami. Andainya ada salah silap harap dimaafkan.
“Kami pun meminta maaf sekiranya ada hati yang terguris dengan kami. Yang menonton dan memberi sokongan, terima kasih diucapkan pada semua,” tulisnya.
Terdahulu, Zuzuzu ditegur oleh juri tetap Datuk Awie kerana sketsa mereka dianggap tidak bersesuaian kerana melibatkan beberapa isu semasa yang sedang panas.
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI
.