Muzikal Lawak Superstar 2
MLS2: Recap & Komen Juri Minggu Pertama, Roy Azman, Cik B Lawak Betul!
Minggu pertama Muzikal Lawak Superstar (MLS2) telah pun membuka tirai dengan persembahan 14 kumpulan yang bertanding.
Bertemakan lokasi 14 negeri dalam Malaysia, bintang-bintang MLS2 dikehendaki membuat sketsa mengikut kreativiti masing-masing.
Minggu pertama ini juga menyaksikan kumpulan Viral yang dianggotai oleh Mamak, Ali dan Roy Azman berjaya menduduki tangga pertama dengan markah keseluruhan 43.49%.
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi kumpulan Leklu iaitu Lan Solo, Jaly school of Lawak dan Iewan Lopez apabila mereka menjadi bintang pertama tersingkir dengan markah 17.93%.
Persembahan para bintang dinilai 50% oleh juri tetap, Datuk Awie, Zul Ariffin dan Fazura manakala baki 50% lagi adalah dari undian peminat.
Mungkin ada yang terlepas, jadi jom imbas kembali komen-komen padu yang diberikan juri kepada bintang-bintang MLS2.
1. Viral - Roy Azman, Mamak, Ali Puteh / lokasi : Johor (43.49%)
“Semua sangat-sangat menghiburkan cuma kalau boleh part muzikal itu boleh tambah sedikit untuk minggu hadapan pastinya superb,” - Zul Ariffin, (4 Bintang)
2. U.N.I - Fakhrul, Fad Bocey, Atu Zero / lokasi : Sarawak (42.90%)
“Saya suka phasing anda, dalam masa yang singkat kita disajikan dengan kreativiti kamu. Hopefully minggu hadapan kita akan dapat lebih lagi,” - Zul Ariffin (3 Bintang)
3. ABC - Cik B, Chiwan, Achok / lokasi : Kedah (42.29%)
“Cik B kenapalah awak ni comel sangat. Sumpah best gila persembahan korang. Semuanya kelakar dari awal sampai akhir. Terutamanya bahagian akhir ketika Cik B masuk. Punchline menjadi, lakonan best, nyanyian lagu pun kena,” - Fazura (5 Bintang)
4. Puppet – Sharif Zero, Wan, Rul / lokasi : Perak (35.76%)
“Tahniah kerana menubuhkan kumpulan yang sangat unik, ada twins ada puppet dan saya sangat teruja nak tengok persembahan anda. Nyanyia semua best, saya terhibur cuma overall saya rasa daripada awal sampai akhir storyline tak padat dengan komedi. Boleh lagi padat kalau anda lebih kreatif dan all the best minggu depan,” - Fazura (3 Bintang)
5. Mashuk - Mark Adam, Achey, Shuk Sahar / lokasi : Selangor (37.74%)
“Ini permulaan yang bagus tetapi saya rasa macam ada tak sampai, tapi tak apa ini permulaan, saya okay je,” - Datuk Awie (2 Bintang)
6. Heart - Azmi Saat, Danial Zaini, Ezad Lazim / lokasi : Melaka (29.74%)
“Saya nampak Azmi, minggu pertama sangat confident, lancar dan nakal. Kena kerja lebih sikit lagi. Buat lebih kreatif saya yakin minggu depan akan lebih cantik lagi,” - Datuk Awie (2 Bintang)
7. Stamp- Syura, Tapai Gegar LawaK, Cik Mat / lokasi : Pahang (29.22%)
“Saya sangat terhibur dengan persembahan anda, daripada awal sampai akhir padat, komedi dan punchline pun best. Cuma ada dua benda saya tak suka. Ayat yang digunakan tadi macam tak best sikit dan janganlah komen badan dia, but overall menghiburkan,” - Fazura (4 Bintang)
8. Janggo - Khir Rahman, Joey Daud, Man Raja Lawak / lokasi : Pulau Pinang (26.95%)
“Secara keseluruhannya sangat menghiburkan cuma saya rasa korang boleh buat lagi bagus. Dia macam ada kekurangan punchline setakat ini, saya rasa anda akan bagikan yang lebih lagi untuk minggu seterusnya. jangka,” - Zul Ariffin (3 Bintang)
9. Teruna - Johan As’ari, Din Latah, Ilham Abata / lokasi : Negeri Sembilan (25.75%)
“Pada saya ini satu persembahan yang baik, story line saya suka, simple, lakonan juga mantap. Saya paling suka mesej yang nak disampaikan iaitu kita tak seharusnya biadap dan patut hormat dengan ibu bapa. Anda berjaya buat scene itu menjadi tidak terlalu dramatik maknanya ia tetap ringan dan menghiburkan,”- Fazura (3 Bintang)
10. Jago - Fiza Thomas, Chot, Yus / lokasi : Kelantan (21.75%)
“Minggu ini minggu pertama jadi kita tenang, saya rasa rakan-rakan saya mahu lihat lebih lagi, saya cuma boleh katakan banyakkan cari bahan-bahan atau punchline yang boleh memberi kami semua terhibur. Saya nampak usaha itu ada tetapi kreatifkan lagi dalam usaha mencari jalan-jalan cerita lebih baik dari hari ini,” - Datuk Awie (2 Bintang)
11. Gojes – Keena Mentor, Tauke, Mie Raja Lawak / lokasi : Perlis (21.51%)
“Saya yakin Tauke boleh buat sesuatu untuk dua rakan lain kerana Keena bukan seorang pelawak dan dia mengambil tanggungjawab berat dalam ini. Jadi homework pun kena berat, kena cari bahan betul-betul yang boleh bagi kami ini terhibur. Insya-Allah cuba lagi minggu hadapan buat lagi bagus. Tauke tolong dorang,” - Datuk Awie (2 Bintang)
12. Zombi - Ezlynn, Wan Gegau, Wan XOXO / lokasi : Sabah (21.24%)
“Energi daripada segi muzikal dan sebagainya semua superb. Cuma kekurangan punchline, harap next week dapat lebih, terima kasih untuk effort,” - Zul Ariffin (2 Bintang)
13. Zuzuzu – Zahid, Nizam Jentik-Jentik, Fizah Awok/ lokasi : Terengganu (21.07%)
“Saya ucapkan tahniah kerana usaha tetapi dalam usaha ini saya ingin mengingatkan jangan kita sebut nama seseorang yang mungkin boleh mendatangkan isu sensitif. Isu agama dan ustaz jangan kita kutuk. Jangan main isu-isu macam itu, cuba cari lain yang lebih baik, lebih elok untuk pentas dan orang-orang di luar untuk menikmati. Saya rasa ini teguran yang ikhlas dari saya,” - Datuk Awie (2 Bintang)
14. Leklu - Lan Solo, Jaly School of Lawak dan Iewan Lopez / lokasi : WP, Kuala Lumpur (17.93%)
“Saya rasa persembahan okay, kombinasi lagu kena dengan scene cuma dari segi punchline agak loose sedikit. Saya harap minggu hadapan lebih bagus lagi,” - Fazura (2 Bintang)
MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).
MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.
Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI
Must-Watch Video