"Habis Yang Berlakon Jadi OKU Tu Macam Mana?" - Ramai Back Up Namie, Plot Twist! Netizen Pula Tegur Ahmad Idham
Netizen meluahkan rasa kurang senang dengan teguran pelakon dan pengarah, Ahmad Idham terhadap jenaka kumpulan UBI di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) baru-baru ini.
Idham mendakwa sketsa yang dibawa UBI mempersendakan anak istimewa dan menyifatkan tindakan itu sebagai keterlaluan.
Bagaimanapun teguran Idham itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan pendapatnya.
Kata netizen, watak yang dibawakan Namie itu sedikit pun tidak kelihatan menghina atau mempersendakan sesiapa sebaliknya mempunyai maksud tersirat.
Selain itu, mereka juga meminta Idham untuk melihat perkara itu dari sudut positif dan lebih mementingkan mesej yang ingin disampaikan kumpulan tersebut berbanding hanya memberi kritikan.
Soal netizen lagi, jika Idham mempersoalkan karakter dibawa Namie itu, bagaimana pula dengan lakonan yang dibawakan oleh pelakon yang menuntutnya untuk melakonkan watak anak istimewa dalam sesebuah naskhah.
“Tak rasa diorang mempersendakan, tak ada pula dihina-hina, dalam watak itu pun ada mesej. Contohnya, walaupun adiknya OKU (watak namie) tapi dia tetap ada hati dan perasaan. Dialog Fad cakap mungkin diorang berdua menumpang rezeki adik diorang yang OKU tu,” tulis Noraziwani.
“Kenapa tak tengok mesej yang UBI bagi? Mereka bukan buli watak tersebut. Mesej yang mereka sampaikan sangat jelas. Jangan abaikan orang macam watak yang UBI lakonkan sebab mereka yang istimewa tu patut di layan dengan baik. Jarang komen ni tapi kali ni rasa nak komen,” coret Rosdiah Masri
“Habis kalau pelakon yang berlakon dalam watak OKU tu kira persendakan juga ke macam mana ya tuan pengarah..?” tulis Ersalinah
BACA: MLS3: Tepati Ramalan! UBI Dinobatkan Sebagai Juara, Bawa Pulang RM150,000
Terdahulu, Idham merupakan salah seorang aktivis yang aktif memperjuangkan hak-hak anak istimewa.