Kumpulan UBI diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000.
Bertemakan Benua dan Bebas, para bintang telah menyampaikan dua tugasan dengan sempurna.
Bagaimanapun UBI yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Namie berjaya memberikan persembahan mantap di kedua-dua pusingan.
Sketsa pertama, UBI berjaya memperoleh lima bintang dari juri tetap, Najip Ali manakala yang kedua pula menerima lima bintang dari Datuk Awie.
Superstar Paling Gempak untuk tahun ini diberikan kepada Shiha Zikir.
Sementara itu, naib juara pula dimenangi kumpulan CILI dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM75,000.
Tempat ketiga menjadi milik BAHROY dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
OOD pula akur ditempat keempat dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.
Kesemua bintang diadili 75% daripada juri tetap manakala 25% lagi adalah undian.
Pentas akhir MLS3 juga turut dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan, Khir Rahman, Luqman Hafidz
MLS3 dihoskan oleh Elly Mazlein dan juga Sharnaaz Ahmad dan menyaksikan Datuk Awie, Siti Saleha serta Najip Ali diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS3 bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh distrim di On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro Go.
Mya Amri
Fri Sep 23 2022

![[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen [VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dia-sedut-juga-sikit-nafas-tu-lucu-lihat-harris-annuar-layan-isteri-mengidam-bau-simen.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen
Lucu bila Harris sakat isteri dia heheh.
.png?ext=.png)
“Juri Ada Sebab Mengapa Tak Berdiri…”- Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua
Fauziah Latiff Anggap ATNM2 Tempat Belajar Untuk Semua

Aleeya Zailan Sebak Rai Kejayaan Tanpa Arwah Ibu - "Allah Gantikan Pelanggan Sama Macam ..."
Allahu sedihnya...

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh
Tahniah Harry, sekali sekala nak jatuh kan heheh.
![[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…” [VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-45_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Siti Khadijah Selesa Sediakan Baju & Solekan Sendiri Di Set - “Bukan Nak Cakap Independent Actress Tapi…”
Cantik la Siti ni...

Usahawan Berhabis Banyak Duit, Masih Relevankah Ambil Selebriti Untuk Pelaris Produk?
Duit habis banyak tapi produk tak laku?
_1.png?ext=.png)
Padam Bukti ‘Heroin’ Menggatal Di Instagram, Bella Astillah; “Tiada Apa Yang Saya Nak Explain…”
Bella tak mahu ulas lagi

“Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka…” - Mas Idayu Akhirnya Buka Mulut Komen Sissy Iman & Naim Daniel
Netizen puji Mas Idayu

“Mata Berair, Kacau Pernafasan, Tak Larat Nak Buat Apa-Apa Dah” - Jue Aziz Kena Influenza, Ramai Doa Cepat Sembuh
Semoga Jue Aziz cepat sembuh.

Mas Idayu & Sissy Iman Dah Berbaik, Ajai Saksi Mereka Berpelukan; “Dia Budak Bijak…”
Alhamdulillah