Muzikal Lawak Superstar 4

MLS4: Bawa Abon Atas Permintaan Peminat, Deroyan Menangis Terlalu Rindu Arwah Mr. Os - “Sampaikan Saya Dah Tak Boleh…”

Asyikin Mayudin
19/11/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
MLS4: Bawa Abon Atas Permintaan Peminat, Deroyan Menangis Terlalu Rindu Arwah Mr. Os - “Sampaikan Saya Dah Tak Boleh…”
Salah seorang anak kepada Allahyarham Mr. Os iaitu Dewa berkata idea untuk membawa pelawak otai, Abon ke pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 tercetus selepas membaca mesej daripada peminat.

Permintaan peminat

Mahu merealisasikan impian peminat yang nak melihat Abon bersama kumpulan Deroyan, Dewa berusaha mendapatkan rakan sepejuangan arwah bapanya itu.
“Saya terfikir nak hubungi Uncle Abon, puncanya kami terlalu banyak dapat mesej daripada peminat dari Singapura, Brunei, Sabah, Sarawak yang nak Deroyan dengan Abon.

“Mereka merayu-rayu minta untuk kembalikan Osbon. Bila baca mesej-mesej itu, saya nak sampaikan hajat mereka. Jadi, saya telefon sendiri Uncle Abon dan ajak dia.

“Mula-mula dia macam nak menolak la, sebab dia memang dah tak nak main pentas lawak, shooting pun dia tolak. Mula dia nak berfikir dulu tapi minta kami hubungi isterinya.
“Alhamdulillah, dia terima sebab nak bantu kami,” kata Dewa kepada Gempak.

Terlalu rindu

Dalam pada itu, abang kepada Dewa iaitu Has mengakui dia terlalu merindui arwah bapanya sehingga tidak dapat menyanyi dengan baik ketika di akhir persembahan.
“Perasaan ketika itu lebih kepada rindu. Orang cakap rindu itu berat kan. Sampaikan saya dah tak boleh nak menyanyi bila dah hujung persembahan.

“Saya tak boleh nak menyanyi sebab beratnya rindu itu sampai tak terkata dan tak terluah,” ujarnya.

Abon muncul sebagai artis jemputan kumpulan Deroyan pada segmen kedua dan persembahan mereka mengundang rasa sebak penonton dengan video pelawak itu dengan arwah Mr. Os.

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Tiada Pengganti, Abon Luah Rasa Kerinduaan Terhadap Arwah Mr. Os - “Tengok Muka Anak-Anak Dia Buat Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: MLS4: Eric Floor 88 Dah Reda Jika Deroyan Tersingkir Minggu Separuh Akhir - “Semua Nak Menang Tapi…”

Malam final MLS4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada Ahad menyaksikan kumpulan Sarkas (Danial Zaini, Shashic & Acap S) dinobat sebagai juara.
Kumpulan Padie (Namie, Fad & Aretoy) pula di tempat kedua manakala Putehh yang dianggotai oleh Ali Puteh, Aya Amiruddin dan Man Raja Lawak di kedudukan ketiga.
Kumpulan Deroyan mendapat tempat keempat, Zuara (Zulin Aziz, Nizam Jentik-Jentik & Chiwan) di tempat kelima dan Zulin Aziz dinobatkan sebagai Superstar Paling Gempak MLS4.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024