Muzikal Lawak Superstar 4
MLS4: Fad Bocey Titip Nasihat Untuk Pelawak Baharu, Harap Jangan Cepat Putus Asa - “Saya Pernah Lalui Benda Sama”
Pelawak Fad Bocey menitipkan pesanan kepada pendatang baharu dalam dunia komedi agar sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya kepada membuat persembahan berbanding mengejar kedudukan.
Fokus persembahan
Menurut Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, dia juga pernah melalui fasa menjadi orang baharu dalam membuat persembahan lawak di atas pentas.
“Macam Aretoy orang baharu, saya selalu pesan jangan pressure untuk kejar kasta (kedudukan). Walaupun benda itu bagus la, siapa dapat rezeki. Tapi paling penting, fokus pada persembahan.
“Mungkin penonton dapat lawak kita tapi juri tak dapat. Untuk adik-adik, ini adalah lumrah untuk orang baharu nak mulakan sesuatu baru. Saya pernah lalui benda sama.
“Kita kena kawal supaya tak menganggu. Tapi rata-rata saya tengok mereka sudah melakukan persembahan yang terbaik,” kata Fad kepada Gempak.
Jangan putus asa
Kata Fad lagi, pendatang baharu perlu sentiasa berlatih dan tidak berputus asa dalam membuat persembahan yang terbaik sepanjang sembilan minggu di pentas Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4)
“Menjadi orang baru ini, biasanya jangkaan orang terhadap kita tinggi, nak bina nama bagi orang kenal. Kita ada sembilan minggu, jangan putus asa, jangan rasa kita paling bawah.
“Pada saya, setiap pertandingan itu, walaupun saya dah lama tapi tetap rasa baru. Kena sentiasa berlatih… jangan berhenti,” ujarnya.
Tetap rasa baharu
Dalam pada itu, Fad turut memberitahu biarpun sudah lama dalam dunia komedi namun dia dan dua ahli kumpulamnya Padie iaitu Aretoy dan Namie turut menganggap mereka baru di pentas MLS4.
“Atas kertas ada kelebihan, tapi tidak bagi saya. Kalau saya fikir macam itu, orang akan bercakap macam itu dan saya fikir macam itu akan buat saya tertekan.
“Namie, Aretoy dan Fad, kami bertiga orang baru sebab ini kumpulan baru. Juri tak pernah tengok persembahan kami bertiga,” katanya.
Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Dengan Podcast ‘Bocey Comeback’, Fad Akan Pastikan Tiada Kontroversi - “Saya & Achey, Kami Dah Declare…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci
‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.
Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.