,
Hiburan

Tampil Dengan Podcast ‘Bocey Comeback’, Fad Akan Pastikan Tiada Kontroversi - “Saya & Achey, Kami Dah Declare…”

Asyikin Mayudin
29/09/2024
04:55 MYT
Muncul dengan podcast ‘Bocey Comeback’, pelawak Fad memberitahu dia dan rakan gandingannya iaitu Achey akan memastikan konten yang disediakan tidak akan menyentuh sensitiviti tetamu atau mencetuskan kontroversi.

Jaga imej baik

Enggan mengulas atau berbincang mengenai isu sensasi dalam podcast tersebut, Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fazlie Mohd Nizam berkata, kumpulan Bocey akan tetap menjaga imej baik mereka.

“Saya dan Achey kami dah declare awal-awal dan kami ‘bersih’… tak pernah ada isu ataupun nak burukan orang. Apa pun yang berlaku di atas pentas, saya burukkan Achey… Achey burukkan saya.

“Begitu juga semasa ada Abam dahulu. Lawak-lawak seperti itu hanya di antara kami sahaja,” kata Fad kepada Gempak.

Bincang dengan tetamu

Menurut pelawak berusia 33 tahun itu, mereka juga akan berbincang dan merancang dengan tetamu terlebih dahulu sebelum sesi temu bual bermula bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Untuk podcast yang lain, mungkin mereka ada cara mereka sendiri. Untuk kami, saya sudah bincang dengan Achey awal lagi, sesiapa pun tetamu, kami akan tanya dulu kepada mereka apa yang boleh ditanya dan apa yang tidak boleh.

“Supaya kita lebih menghormati mereka. Nanti kalau tak rancang dari awal, takkan dia(tetamu) nak jawab dekat situ. Kalau tetamu minta soalan lain, kita akan ikut,” ujarnya lagi.

Tak sentuh sensitiviti

Sementara itu, Fad menegaskan mereka tidak akan menyentuh sensitiviti mana-mana pihak meskipun podcast tersebut bersifat santai dan penuh dengan lawak jenaka.

“Podcast kami berkonsepkan podcast showcast. Kami pun tak gunakan ‘mic stand’ jadi ia akan jadi sketsa dan kami akan berjalan-jalan pergi dekat tetamu. Kami lebih santai dan relaks.

“Yang paling penting jangan sentuh sensitiviti, itu yang saya tekankan. Achey pun ada berkata, kami pun dikenali dengan perkara yang ‘clean’ dan positif,” katanya.
Untuk info, Fad turut bertanding dalam Muzikal Lawak Superstar 4 bersama Namie dan Aretoy menerusi kumpulan Padie.

ARTIKEL BERKAITAN: Bawa Topik Lebih Serius Dalam Podcast Ruang Terbuka, Adriana Adnan Tertarik Kupas Isu ‘Songsang’ - “Saya Tak Pernah Menilai, Anggap Itu Ujian Mereka”

ARTIKEL BERKAITAN: Ulas Isu Rumah Tangga Fazura-Fattah, Netizen Mula ‘Serang’ Tya Ariffin & Asyraf Khalid - “Yang Dari Suka Tengok Podcast Ini, Tiba Rasa Menyampah...”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Mahu Ambil Risiko, JoZan Enggan Buat Podcast - “Kami Ada Jadual Kerja Yang Berbeza, Takut..”

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Sudah Berakhir, Ada Sebab Liana Beep Beep Jadi ‘Over’ & Syedot Asmr Pula Dah Serik ‘Join’ Podcast
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bawa Topik Lebih Serius Dalam Podcast Ruang Terbuka, Adriana Adnan Tertarik Kupas Isu ‘Songsang’ - “Saya Tak Pernah Menilai, Anggap Itu Ujian Mereka”

gempak
28/09/2024
12:55 MYT
Pengacara dan pelakon, Adriana Adnan memaklumkan bakal memberi kelainan dalam saluran podcast ‘Ruang Terbuka’ yang dikendalikan olehnya pada musim akan datang.
Hiburan

Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’

gempak
27/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz menyatakan kes undang-undang yang ditujukan terhadap bekas kekasih gelapnya, Sarah Yasmine masih belum berakhir.
Hiburan

Kemelut Antara Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berakhir, Sudah Capai Penyelesaian Cara Baik - "Kami Pernah Terlibat Dalam Pergaduhan..."

gempak
26/09/2024
14:16 MYT
Lama berdiam diri, bekas kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tampil berkongsi perkembangan berkaitan perintah mahkamah yang diusulkan oleh aktor itu sebelum ini.
Hiburan

Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"

gempak
25/09/2024
09:55 MYT
Pelakon Abby Abadi meminta supaya aktor, Fattah Amin memujuk Fazura dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui pasangan selebriti itu.
Viral

Caprice Tak Peduli Teguran Datuk Vida, Selamba Beri Pesanan - "Kirim Salam Lavida Coin"

gempak
24/09/2024
23:58 MYT
Penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice meminta orang ramai supaya tidak mempedulikan perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang menyifatkan kontennya seolah-olah mendedahkan aib di media sosial.
BorakSeeni