Sejak penghujung tahun lalu, peminat jam G-Shock menjadi tidak keruan apabila jenama jam itu mengumumkan edisi terhad, Transformers.

Rupa luaran jam serta padanan warna merah biru memang tampak jelas menggambarkan figura Optimus Prime, sekali gus menjadikan ia antara jam G-Shock yang wajib dimiliki!

Super nice guys!
Malangnya ia sebelum ini hanya dipasarkan di butik terpilih di negara Jepun. Jika ada sekali pun, ia hanya dijual pada laman web rasmi Takara Tomy.

Namun, nampak gayanya penderitaan peminat jam tangan ini akan berakhir apabila Casio Timepiece Malaysia mengumumkan kemasukan jam edisi Transformers DW-6900TF-SET ke Malaysia.

Autobot fans, are you out there?We're so excited about bringing you the G-SHOCK x Transformers DW-6900TF-SET to Malaysia! The set includes a G-SHOCK watch (DW-6900) and a TRANSFORMERS figure that converts from a robot to a pedestal for the watch, and back again. The purchase of G-SHOCK x Transformers DW-6900TF-SET will be opened for Online Raffle (draw) soon, so stay tuned on our Facebook for more updates and information! *The model can be viewed in G-Factory outlet nationwide and selected authorised Marco retailers

A post shared by Casio Timepiece Malaysia (@casiotimepiecemalaysia) on


Difahamkan jualan jam ini bukan biasa-biasa kerana harga ditetapkan adalah RM1,529. Anda yang berminat boleh dapatkannya di sini, dengan memasukkan maklumat diperlukan. Goodluck!