Baru-baru ini muncul satu lagi challenge yang tersebar di media sosial iaitu #TindanChallenge. Maka muncul lah gambar-gambar hasil cabaran terbabit yang dimuat naik netizen.
Bagaimanapun terdapat satu gambar yang menjadi sedikit kontroversi apabila membabitkan kanak-kanak dan ia telah pun mendapat reaksi daripada seorang doktor pakar rehabilisasi!
Menerusi Facebook Public Health Malaysia, doktor terbabit menjelaskan kanak-kanak dinasihatkan supaya tidak melakukan #TindanChallenge.
Jelasnya, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera.
Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang.
Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi.
Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup.
Selain daripada nasihat terbabit posting berkenaan turut menjelaskan fakta mengenai kecederaan tulang belakang dalam kalangan kanak-kanak.
- Kemalangan dan jatuh merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
- 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada remaja dan kanak-kanak.
- Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
- Kanak kanak lebih berisiko untuk lumpuh sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
- Komplikasi bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.
Oleh itu pada semua ibu bapa, pantau anak anda dan cuba elak untuk melakukan #TindanChallenge.