NEWS
Bayar Cukai Pendapatan Atau Kena Denda Seratus Peratus
Individu atau syarikat yang bersikap culas untuk mengelak daripada membayar cukai pendapatan boleh dikenakan penalti sebanyak seratus peratus daripada nilai cukainya. Tindakan sama juga diambil terhadap individu atau syarikat yang melaporkan cukai pendapatan tidak betul.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Sabin Samitah menyatakan tindakan itu adalah penalti maksimum berbanding 45 peratus nilai cukai yang dikenakan pada individu atau syarikat yang didapati melakukan kesalahan berkenaan.
Tambahnya seperti dilaporkan Bernama, tindakan penalti itu dibuat mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan ia bertujuan memberi kesedaran pada individu atau syarikat terhadap tanggungjawab membayar cukai pendapatan.
Sebelum ini, LHDN turut memaklumkan pemandu Uber atau Grab sama ada bekerja secara sepenuh masa atau sambilan tidak terkecuali daripada membayar cukai pendapatan sekiranya meraih pendapatan minimum sebanyak RM30,000 setahun. (Baca lagi: Pemandu Uber, Grab Jangan Ghairah Raih Pendapatan RM30,000)
Must-Watch Video