Kecoh baru-baru ini apabila ada kelas mengaji dalam jet mewah dan mengenakan yuran sebanyak RM33,400 untuk tempoh satu jam. Perkhidmatan ini disediakan oleh syarikat pengurusan jet peribadi, Elite Jets Sdn. Bhd. dengan kerjasama johan qariah Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman. Rata-rata netizen menuduh Sharifah Khasif sebagai 'penjual agama' kerana dikatakan menjual agama bagi mengaut keuntungan.

Namun Sharifah Khasif dalam satu kenyataan di dalam Facebooknya menulis,

"Bayaran mengaji dalam jet mewah RM33400 sejam adalah tidak benar.

Saya bukan penjual Agama.

saudara saudari yang dirahmati Allah ,

Fahami dulu apa yang dikatakan penjual agama. Saiyyid Qutb menyebut dalam Fi Zilalil Quran sebagai mengulas satu ayat dari surah Al'Araff iaitu orang alim tentang agama, yang mengetahui hakikat agama Allah kemudian memutarbelitkannya demi kepentingan dunia sehiingga tidak berani berkata yang benar malah mereka berpihak kepada perkara yang batil demi wang ringgit ,pangkat, darjat dan sebagainya malah menggunakan ilmunya untuk penyelewengan yang dikehendaki.

Mengaji dalam private jet memang satu perkara yang baru. ia juga satu pendekatan baru untuk mendekatkan kita dengan Al Quran spt Allah rakam dalam surah imran , iaitu mengingati Allah walau di mana saja sambil berdiri, duduk, dlm keadaan berbaring.

Saya telah ditawarkan untuk bersama-sama dengan Elite Jets Sdn Bhd menyokong niat murni mereka untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada mereka yang menggunakan khidmat Elite Jets Sdn Bhd dalam memartabatkan Al Quran. Memang tidak dinafikan, rata2 mereka yang menyewa terdiri daripada golongan vvip, kerabat dan usahawan yang berjaya dalam dan luar negara.

Jumlah Rm33400 sejam itu BUKAN bayaran pengajian tetapi itu adalah rate perjalanan untuk private jets yang memang dah standard ada di laman web Elite jets sdn bhd. sebab tu saya kata, berapa ramai yang tahu tentang private jets. Kita terkejut bila dengar nilai jet tak tau lagi charge operating cost per hour yang mencecah usd5k utk kos minyak, permit, insurance dan maintainance cost. Jadi tawaran kelas adalah pilihan setiap penyewa jet itu sendiri samaada pengajian ketika fly atau adakan private class sesama mereka tanpa diterbangkan.

saya hargai pandangan netizen dengan komen2 positif dan negatif. tapi janganlah memfitnah keterlaluan sampai mengaibkan seseorang dengan benda yang tak betul. masyarakat bebas bercakap apa yang mereka nak ckp, tapi saya enggan membalas kata kata mereka kerana saya tahu apa yang saya buat .saya mengajar atas dasar ingin menyampaikan ilmu al quran dan minat yang mendalam tentang al quran . Bukan mudah untuk mempelajari Al Quran sebenarnya, sebab al quran adalah mukjizat dan tak boleh ambil sambil lewa tetapi perlu commitment yang tinggi. Saya yakin Allah akan bantu dalam urusan dakwah ini .InsyaAllah.

Akhir sekali ,apa yang nak saya katakan adalah ini minat saya. Al quran adalah hiburan saya . dari dulu lagi saya katakan , saya tetap dengan prinsip saya , biar melawan arus , jangan melanggar aqidah. Mohon maaf salah silap.

Sharifah Khasif"

Berdasarkan luahan Sharifah Khasif, jelas dia kecewa dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan padanya berkaitan dengan yuran kelas mengaji yang terlalu mahal. Apa pun kontroversi yang melanda, menerusi khabar yang diterima, pakej mengaji ini mendapat sambutan yang hangat. Bagi orang yang berkemampuan, bolehlah rasai pengalaman belajar mengaji di dalam jet mewah sambil melancong. Anda boleh emelkan kepada [email protected] atau WhatsApp ke 0122747918.