Skip to main content

Business News

Farhan Kini Bergelar Seorang Ibu

farhan-af-01.jpg

Impian penyanyi gilapan pertandingan Akademi Fantasia musim keempat, Farhan untuk bergelar ibu akhirnya jadi kenyataan malam tadi. Pernah mengalami keguguran tahun lalu, penyanyi bersuara soul dan jazz itu masih diberi kesempatan kedua untuk menikmati fasa indah itu.

Saat-saat indah sebelum kelahiran cahaya mata pertama. (Kredit Gambar: Instagram Farhan @orkedfarhan)

Bayi perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan Ahmad Rashadan Suhaimi sejak Oktober 2014 itu dilahirkan secara pembedahan sekitar 10.30 malam tadi di Hospital Putrajaya. Tahniah Farhan dan suami daripada kami di Rojak Daily Kaw!

Farhan turut berkongsi keterujaan di Instagram sebelum masuk fasa baharu sebagai seorang ibu. (Kredit Gambar: Instagram Farhan @orkedfarhan)

Advertisement

"Alhamdulillah segala galanya dipermudahkan. Senang melahirkan anak sulung saya ini," kata Farhan teruja sambil memberitahu si comelnya dilahirkan dengan berat 3.2 kilogram.

Dalam pada itu, Farhan memberitahu hasrat suaminya untuk mendapatkan anak perempuan turut diperkenankan.

"Ikutkan dari awal memang suami nak anak perempuan. Saya tak kisah pun jantinanya apa, janji sihat dan cukup sifat," kata Farhan yang akan menempuhi tempoh berpantang selepas ini.

Must-Watch Video