Itulah kaedah terbaru para 'scammer' untuk memperdaya mangsa terutamanya di kawasan Bukit Bintang.

Mereka ini meminta orang ramai menjawab borang kaji selidik di kawasan pusat beli-belah berhampiran dan kemudiannya membawa mereka ke tempat yang sunyi sebelum mengugut mangsa.

Sekadar gambar hiasan.

Seorang pereka grafik berusia 25 tahun telah menjadi mangsa 'scammer' di sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang.

Mangsa memberitahu, seorang lelaki menghampirinya dan memintanya mengisi sebuah borang kaji selidik. Lelaki terbabit membawanya ke sebuah restoran Jepun dan turut disertai dua lelaki lain.

"Selepas mengisi borang, mereka memperkenalkan diri sebagai perniagaan pengubahan wang haram dan mereka akan beri saya RM20,000 jika saya berikan RM10,000 kepada mereka."

Indah tapi berbahaya.

"Apabila saya beritahu tidak mempunyai wang, scammer cadangkan agar saya memohon pinjaman peribadi. Mereka akan menyakiti saya jika saya tidak membayar atau memberitahu sesiapa", ujarnya kepada The Star dalam satu sidang media di Wisma MCA.

Mangsa terpaksa akur dan pergi ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang tunai RM5,000.

Mangsa masih menerima panggilan telefon daripada scammer yang menuntut baki wang yang dikehendaki.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan Bukit Bintang dan jangan terpedaya dengan sebarang pujukan mengisi borang kaji selidik.