News

"Kami Sudah Ada Sepasang Anak, Lelaki Dan Perempuan." - Yusry

Mohamad Bakar
23/04/2017
18:29 MYT
“Alhamdulillah. Lisa sudah selamat melahirkan baby boy pagi tadi. Syukur Alhamdulillah,” demikian keterangan gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik Yusry Abdul Halim yang juga suami kepada Lisa Surihani.
Gambar berkenaan yang dimuat naik kelihatan ibu Lisa sedang memangku cucunya selain turut menampakkan keterujaan Yusry dan anak sulung, Yahaira Leanne.
Yusry yang dihubungi Rojak Daily Kaw! memanjat kesyukuran kerana keadaan isteri tersayang serta anak lelaki kedua mereka dalam keadaan selamat. Menurut Yusry anak lelaki itu dilahirkan jam 7.10 pagi di Hospital Pantai, Bangsar.
ldquo;Memang macam susah nak percaya. Tapi saya dan Lisa bersyukur sangat di atas segala nikmat indah ini. Jarak Lisa hamil anak kedua pun begitu cepat iaitu ketika Yahaira belum lagi cukup setahun. Sedangkan usaha kami nak dapat anak sulung mengambil masa. Tapi semuanya satu penantian yang sangat indah.
“Kami sudah ada sepasang anak, lelaki dan perempuan,” kata Yusry.
Menurut Yusry, Lisa juga tidak berdepan kesulitan besar ketika melahirkan cahaya mata kedua mereka.
“Semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah,” kata Yusry lagi.
Lisa pula juga menganggap kelahiran anak kedua ini terus melengkapi kebahagiaan keluarga mereka.
Lisa dan Yusry berkahwin pada tanggal 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya. Pada Oktober 2015, mereka dikurniakan anak pertama, Yahaira.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Buat Acara Gender Reveal, Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

gempak
18/04/2024
09:55 MYT
Bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua, pelakon Zahirah Macwilson membuat perkongsian majlis gender reveal di Instagram bagi mendedahkan jantina bayi dalam kandungannya. Menerusi klip video pendek yang dibuat, dapat dilihat Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 29, dan ahli keluarga berkumpul meraikan majlis ber
Hiburan

Aprena Menrose Reda Masih Belum Ada Rezeki Timang Cahaya Mata – “Mungkin Allah Nak Bagi Kat Akhirat Sana”

gempak
08/03/2024
05:55 MYT
Pelakon, Aprena Menrose akui telah berada di fasa reda dengan ketentuan Tuhan dan percaya akan rezeki setelah bertahun berusaha untuk menimang anak sendiri.
Hiburan

Dayana Roza Selamat Bersalin Anak Kedua - “Baby Berada Dalam Keadaan Baik”

gempak
31/12/2023
01:58 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Syafie Naswip Belum Ada Perancangan Anak - “Kalau Ada Tak Kisah, Kalau Tiada Kita Enjoy Our Life”

gempak
24/12/2023
00:50 MYT
Insya-Allah.
Laman Utama

Sofyank Dah Jadi Bapa, Komen Zizan Buat Netizen Terhibur - “Jangan CGI Kan Lagi Anak Tu Ya”

gempak
13/12/2023
00:55 MYT
Alhamdulillah.