News

Pengarah Filem Mamat Khalid Di Masukkan Ke ICU

Aishah Aziz
21/04/2017
18:06 MYT
Pengarah prolifik, Mamat Khalid hari ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di ibu kota hari ini selepas mengadu sesak nafas sekitar jam 9 pagi hari Jumaat.
Isteri kepada pengarah berusia 54 tahun itu, Hasmah Hassan berkata suaminya itu sedang dirawat secara menyeluruh oleh doktor dan mereka diminta untuk tidak menerima kehadiran tetamu.
"Abang Mamat mengadu sakit dada pagi Jumaat serta memberitahu dirinya penat. Saya terus membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
"Lagipun, malam sebelumnya, Abang Mamat menghadiri majlis pratonton filem terbarunya, Lebuhraya Ke Neraka, dan pulang lewat," katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Hasmah bagaimanapun memberitahu, keadaan suaminya itu stabil namun masih dalam pemantauan doktor.
"Saya minta semua peminat doakan kesihatan Abang Mamat dan semoga beliau segera sembuh.
"Kalau keadaan bertambah baik dan bacaan tekanan darahnya kembali normal, Insya-Allah esok (Sabtu) dibenarkan pulang," katanya.
Berita berkenaan mengejutkan ramai pihak apabila Mamat yang turut popular menerusi filemnya seperti Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah, hadir ke majlis malam gala filem terbaharunya yang diadakan pada hari Khamis.
Beberapa teman media memberitahu, Mamat kelihat gembira dan bersembang dengan mereka seperti biasa pada acara itu.
Mamat juga sebelum ini pernah ditahan di hospital berhubung masalah kesihatan yang dihadapinya.
Filem terkini karya Mamat, Lebuhraya Ke Neraka, terbitan Grand Brilliance dan edaran Primeworks Distribution mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 4 Mei depan.
Filem bercorak seram kerohanian terbabit menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Awie, Khir Rahman, Dazrin Kamarudin, Shah Jaszle, Miera Leyana dan Fatin Syahirah.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

“Awalnya Hanya Rancang Buat Konflik…” - Penerbit Dedah Jalan Cerita Asal Kalut Nak Kahwin

gempak
08/08/2022
11:00 MYT
Pengarah, Pengarah dan Penulis Skrip perlu capai kata sepakat
Hiburan

Pengarah Filem Batman Meninggal Dunia

gempak
23/06/2020
06:51 MYT
Berita

Aziz M. Osman Timang Anak Merdeka, Ara Aziz Dapat Adik!

gempak
01/09/2018
11:43 MYT
Berita

Tidak Bersetuju Filem Kalla Ditayangkan Tahun Ini, Pengarah Tarik Diri

gempak
30/08/2018
07:20 MYT
Hiburan

Kepenatan, Sesak Nafas Punca Mamat Khalid Masuk ICU

gempak
21/04/2017
18:15 MYT