NEWS
Plug-in: Kamera Samsung Galaxy S9/Plus Pertama Di Dunia Menyerupai Mata Manusia
Selepas desas desus mengenai rekaan dan ciri terbaru mengenai peranti ‘flagship’ Samsung ini, Galaxy S9 dan S9 Plus akhirnya diumumkan malam tadi.
Menepati segala ramalan berkaitannya, peranti ini membuat kemunculan dengan beberapa fungsi baru yang terdapat pada siri Galaxy S.
Biarpun hampir semuanya tersebar di media sosial termasuk video promo iaitu sehari sebelum hari pelancaran, peranti ini masih menjadi tumpuan pengguna seluruh dunia.
SPESIFIKASI DITINGKATKAN

Kedua-dua peranti ini dijana oleh cip pemprosesan Snapdargon 845 yang dipadankan dengan 4GB RAM pada S9 dan 6G pada model plus.
Bateri pula 3000 mAh pada Galaxy S9 dan 3500 mAh pada S9 Plus.
Kedengaran seperti biasa bukan? Namun tahukah anda ‘flagship’ ini mempunyai ciri unik yang diterapkan buat pertama kalinya di telefon pintar?
KAMERA BOLEH LARAS PERTAMA


Secara umumnya, peranti ini melaraskan saiz apertur mengikut kesesuaian keadaan sekeliling.
Lensa 12 Megapixel (MP) ini akan menggunakan apertur f/2.4 pada keadaan normal yang bercahaya dan pada masa sama mampu membuka saiz apertur sehingga f/1.5 pada keadaan cahaya yang gelap.
Dari segi teknikalnya, lensa ini meniru gaya mata manusia yang turut berubah mengikut keadaan dan cahaya di sekelilingnya.
KEUPAYAAN SUPER SLOW-MO SEHINGGA 960 'FRAME PER SECOND' (FPS)
Selain itu, kamera peranti ini juga berkeupayaan untuk merekod video perlahan dikenali sebagai ‘Super Slo-Mo’.
Peranti ini adalah telefon kedua yang mampu merekod 960fps dengan resolusi 720p selepas Xperia XZ Premium.
Berdasarkan contoh rakaman yang ditunjukkan, ternyata 960fps menjanjikan 'Slo-Mo' yang jauh lebih ‘gempak’ daripada normal yang hanya sekadar 240fps.
BICU AUDIO 3.5MM DIKEKALKAN

Malah, ia turut dilengkapi fungsi Dolby Atmos bagi memberi pengalaman ‘cinematic’ ketika menonton video.
Berbanding jenama lain, Samsung masih mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar ini, selain turut hadir dengan sokongan mikro-SD sehingga 400GB.
Kedua-dua variasi telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan kalis air, dan sokongan rangkaian Gigabit LTE.
AR EMOJI WAJAH ANDA

Fungsi ini digelar sebagai AR Emoji yang berfungsi dengan merakamkan wajah anda bagi menjana emoji 3D menyerupai wajah anda.
AR Emoji kemudiannya akan menjana sekitar 18 emoji berbeza untuk anda gunakan pada aplikasi media sosial anda termasuk Facebook dan WhatsApp.
DIJUAL BERMULA 16 MAC INI

Bagi model Galaxy S9 64GB harga ditawarkan adalah RM3,299.
Bagi model Galaxy S9+ 64 GB dijual pada harga RM3,799, 128GB (RM3999) manakala 256GB iaitu RM4,399.
Pra tempahan akan dibuka bermula 1 hingga 4 Mac ini dan akan dijual secara rasmi pada 16 Mac depan.
Untuk anda yang berhajat untuk membuat pra tempahan, anda berpeluang menerima Harman Kardon Onyx Bluetooth Speaker bernilai RM699 secara percuma
Anda boleh klik pautan Samsung ini pada tarikh pra tempahan berkenaan.

Must-Watch Video