Selepas kemunculan Star Wars The Last Jedi tahun lalu, tidak lama lagi Solo: A Star Wars Story’ pula bakal menyambung kehangatan francais ini.

Sebagai peminat setia, tidak lengkap rasanya mendapatkan sesuatu yang eksklusif bukan?

Antara yang bakal melengkapi keperluan dan kepuasan Star Wars anda berkemungkinan model komputer riba keluaran terbaru daripada Lenovo Star Wars Special Edition Yoga 920 ini.

Jika melihat rekaan dan spesifikasinya, tidak mustahil ia bakal menjadi rebutan terutamanya golongan muda dan juga peminat setia Star Wars!

Jadi apa yang menarik mengenai Yoga 920 ini?

1. DILINDUNGI DENGAN MATERIAL GORILLA GLASS

Rekaan yang agak garang dengan warna yang 'daring'
Rekaan luaran didatangkan dengan dua variasi iaitu edisi Rebel Alliance dan juga Galactic Empire. Jika mahukan warna lebih menyerlah anda boleh pilih Rebel Alliance dengan kombinasi warna merah putih.

Jika gemarkan warna 'dark' pilihlah versi Galactic Empire!

Apa yang menariknya, ‘cover’ komputer riba ini dilindungi Gorilla Glass yang diperakui antara bahan kaca yang tahan calar. Kebanyakan telefon pintar 'flagship' banyak menggunakan bahan ini.

2. PRESTASI MENGAGUMKAN

Terdapat juga pilihan warna yang lebih 'dark'.
Melihat pada rekaannya yang agak ‘daring’, pastinya ramai mengharapkan prestasti dalaman yang lebih berkuasa. Seboleh-bolehnya cukup untuk melontarkan apa jua tugasan berat pada peranti ini.

Oleh itu, Yoga 920 didatangkan dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-8 dengan padanan RAM sebanyak 16GB dan storan dalaman 1TB.

Intergerasi grafik daripada intel juga membantu apa juga tugasan berat termasuk penghasilan rekaan grafik dan suntingan editing.

3. REKAAN AKROBATIK 360 DARJAH

Laptop boleh lipat!
Secara ringkasnya, komputer riba ini dibina dengan rekaan nipis iaitu hanya setebal 13.95mm dengan berat 1.37kg.

Dari segi ketahanan bateri, perant ini dijangka mampu bertahan sehingga 15.5 jam.

Paling ‘gempak’ mengenai komputer ini, ia direka dengan pelbagai mod dengan keupayaan boleh lipat hingga 360 darjah.

Laptop? Tablet? Semua boleh dilaraskan.

4. KEUPAYAAN PEN UNTUK PRODUKTIVITI ANDA

Serlahkan kreativiti anda dengan Active Pen!
Disebabkan peranti ini dilengkapi skrin sentuh, ia membenarkan anda menggunakan pen pan yang bertindak sebagai stylus.

Sama ada digunakan untuk menulis nota, dokumen, atau melukis, anda boleh menggunakan pen yang dikenali sebagai Lenovo Active Pen 2 ini.

Kelebihannya terletak pada sensitiviti yang membolehkan anda menulis atau melukis secara terperinci.

5. PENGALAMAN ‘IMMERSIVE’

Bagi keupayaan media, Yoga 920 boleh dikatakan berada di kelasnya tersendiri.

Komputer ini dilengkapi skrin beresolusi 4K dengan paparan IPS. Bingkai yang nipis antara skrin juga menjadikan pengalaman menonton video lebih ‘immersive’.

Kualiti audio pula, ia dilengkapi dengan Dolby Atmos.

Jika anda berminat dengan komputer riba ini, ia telah pun dilancarkan di Malaysia dengan harga RM8,8888 termasuk GST.