News

Plug-In: Peranti Tiga Lensa Terbaru Daripada Huawei

Hanafis Haris
19/03/2018
07:29 MYT
Penghujung tahun lalu, Huawei Nova 2i diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia dan jualan bagi peranti ini dikatakan amat memberangsangkan.
Dengan tagline 'selfie superstar', peranti ini berjaya menambat hati pengguna yang kebanyakannya mementingkan penggambaran swafoto dan penggunaan media sosial.
Hasilnya, Huawei kini merupakan pengeluar telefon pintar kedua terbesar di Malaysia.
TIGA LENSA LENGKAPI NOVA 2 LITE
Dua lensa kamera bagi menghasilkan efek bokeh. Sambutan orang ramai ini juga membolehkan Huawei meluaskan segmen telefon pintar kelas pertengahan mereka menerusi Nova 2 Lite.
Nova 2 Lite dilengkapi spesifikasi hebat bagi kelas pertengahan disamping harga tawaran yang mampu milik.
Peranti ini dilengkapi dua lensa utama iaitu 13 Megapixel (MP) dan 2 MP bagi menghasilkan efek ‘bokeh’.
Kamera depan pula mempunyai lensa 8 MP dengan fungsi ‘toning flash’ bagi menghasilkan imej yang lebih asli.
Bagi aspek rekaan pula peranti ini menggunakan paparan penuh dikenali sebagai ‘FullView Display’.
Nova 2 Lite menggunakan skrin sebesar 5.99 inci dengan nisbah paparan 18:9.
HANNAH DELISHA KEKAL DUTA NOVA
Peranti ini dijual pada harga RM799. Timbalan Pengarah Negara Perniagaan Pengguna Kumpulan (Malaysia) Huawei, Matthew Ng berkata, Huawei Nova 2 Lite dlengkapi semua fungsi dan pada masa sama tidak membebankan kewangan pengguna.
“Malah Huawei sekali lagi menampilkan selebriti Hannah Delisha sebagai duta bagi siri Nova,” katanya.
Model tiga lensa ini dilancarkan pada harga RM799.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Telefon Pintar Paling Canggih? Ini Desas Desus Ciri Terbaru iPhone 15! Paling Tak Sangka…

gempak
16/02/2023
05:56 MYT
Fuh!
Laman Utama

Unbeatable! Sudahlah Murah, OPPO A95 Lagi Boleh Tambah 5GB RAM? Ganjaran Pun Banyak Kalau Tempah Awal!

gempak
18/11/2021
05:40 MYT
Ini antara sebab mengapa anda perlu dapatkan OPPO A95!
gaya hidup

Kita Sangka Anak SELAMAT Dirumah, TAPI... Ini Sebab Kenapa Ibu Bapa Kena Pantau Apa Yang Anak Tengok Di Internet.

gempak
29/09/2021
09:50 MYT
Kita rasa lega lihat anak depan mata. Namun hakikatnya, sejauh mana kita peka dan cakna apa kandungan yang mereka tonton di internet?
Laman Utama

Mia Ahmad Akui Salah Sendiri, Leka Biar Anak Main Gajet Sampai Masalah Lambat Bercakap - "Saya Cuma Fikirkan Diri Saya Saja ..."

gempak
03/07/2021
02:19 MYT
Pada waktu itu, saya cuma fikirkan diri saya sahaja dan mula dedahkan penggunaan gajet secara kerap kepada Issa.
Laman Utama

Beri Telefon Pintar Kualiti Rendah Untuk Elak Main Game, Ramai Mengeluh... - "Nak Bantu Bagilah Yang Ada Kualiti"

gempak
15/06/2021
02:20 MYT
Patut tak patut?