Minggu lalu kecoh satu Malaysia apabila sebuah pengedar rasmi produk Apple membuat jualan gudang sehingga mencetuskan ‘tsunami’ manusia di pusat membeli belah MyTown, Cheras, Kuala Lumpur.

Kekecohan ini berpunca apabila beberapa produk Apple termasuk iPhone dijual dengan harga murah. Bayangkan peranti iPhone 5S 32GB dijual hanya pada harga RM200.

Malangnya jualan gudang itu terpaksa dihentikan kerana jumlah pembeli yang beratur melebihi jumlah yang dijangka.

Malah, ia terpaksa membabitkan pihak polis bagi mengawal keselamatan kesemua pihak.

POTONGAN HARGA HINGGA RM1,000

Promo ini hanya tertakluk pada model iPhone 8 dan iPhone X sahaja.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak menghalang satu lagi pengedar Apple iaitu Machines apabila ia turut membuat promosi potongan harga.

Diskaun yang diberikan pula bukan sedikit sebaliknya mencapai RM1,000. Jualan ini membabitkan dua produk iaitu iPhone 8 dan iPhone X.

Berdasarkan promosi ini, ia dilihat lebih sistematik kerana Machines hanya memberi potongan harga berkenaan kepada ahlinya menerusi emel.

Pihak Machines akan menghantar emel kepada yang terpilih bermula jam 10 pagi hingga 10 malam esok.

SATU KOD UNTUK SATU UNIT

Selain itu, kod promo ini juga hanya boleh digunakan menerusi pembelian atas talian dan hanya satu unit saja boleh dibeli.

Pemberian diskaun ini terhad pada model iPhone 8 255GB dan iPhone X 64GB untuk kesemua variasi warna.

Untuk anda yang telah mendaftar sebagai ahli Machine, silalah semak emel bermula jam 10 pagi esok!