Baru-baru ini satu laporan mendedahkan 69 peratus daripada rakyat Malaysia tidak boleh hidup tanpa telefon pintar. Statistik ini dikeluarkan Limelight Networks Inc yang merupakan peneraju global dalam penyampaian kandungan digital.

Menurut jumlah terbabit, rakyat Malaysia diklasifikasikan sebagai paling ketagih menggunakan telefon pintar selepas India.

Perkara itu mungkin tidak aneh, malah sudah dijangka. Namun satu laporan dikeluarkan organisasi terbabit menarik perhatian kami.

Menurut Limelight Networks Inc 74.7 peratus di negara ini suka membaca buku digital. Ini bermakna hanya 25.4 peratus memilih buku fizikal.

Peranti gajet lebih memudahkan.
Persoalannya, adakah kecenderungan ini menjadi antara punca industri buku semakin suram? Ada semakin ramai yang beralih kepada digital?

Jika dilihat pada kajian Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) menerusi Berita Harian, ia menunjukkan output buku pada 2017 hanya RM 800 juta sahaja. Jumlah semakin menurun saban tahun.

Jika tepat kajian ini, maka penerbit-penerbit perlu merancang pelbagai strategi untuk berubah ke arah yang lebih digital.

Market di Indonesia lebih besar berbanding Malaysia.
Hakikatnya, pengguna semakin bergantung pada teknologi digital dalam kehidupan harian.