Sejak dua menjak ini cuaca dilihat begitu panas. Walaupun hujan, namun suhu tetap membuatkan sesetengah daripada kita kurang selesa.

Namun tahukah anda, cuaca panas sebenarnya mampu memberi impak kepada emosi kita? Malah kajian terbaru mendapati ia turut mengundang maut.

Satu kajian dibuat oleh Universiti Stanford mendapati suhu panas boleh membawa kepada ribuan kejadian bunuh diri menjelang 2050.

Cuaca panas memang mengundang.
Menurut kajian terbabit, masalah cuaca panas didapati boleh memberi impak besar dan kecenderungan untuk membunuh diri. Contohnya peningkatan 1 darjah Celsius suhu secara purata setiap bulan membawa kepada pertambahan 0.7 peratus dalam kadar bunuh diri di Amerika Syarikat dan 2.1 peratus di Mexico.

Sekiranya ia tidak ditangani, kebarangkalian untuk jumlah ini meningkat sehingga penambahan 21,000 kes amatlah tinggi. Bagaimanapun masalah terbabit hanya tertakluk pada dua negara itu sahaja. Di Amerika Syarikat kes bunuh diri meningkat 30 peratus di separuh negara itu.

Stress bila suhu makin panas.
Bagi Malaysia, kajian mendedahkan lebih 2,000 rakyat Malaysia, kebanyakannya golongan muda mati akibat bunuh diri setiap tahun.

Menurut Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Profesor Nor Zuraida Zainal purata tujuh kes bunuh diri berlaku sehari atau sekitar 200 sebulan atau tujuh orang daripada 100,000 penduduk negara ini nekad membunuh diri.

Sumber- Reuters