Sebut saja tentang Motorola, pastinya model Razr akan terlintas di fikiran anda. Model lipat ini mula dikeluarkan pada 2005 dan berjaya menjadi antara telefon paling banyak dijual.

Walau bagaimanapun disebabkan peredaran zaman, Razr serta beberapa telefon lipat lain semakin dilupakan. Semuanya telah beralih kepada telefon pintar dengan teknologi skrin sentuh.

Namun tahukah anda, Motorola Razr dikatakan akan kembali dalam arena telefon pintar Februari ini?

Paling slim ketika zaman kegemilangan Razr.
Dakwaan tentang kehadiran peranti ini nampaknya telah tersebar dan syarikat pengeluarnya iaitu Lenovo dikatakan akan menghasilkan Razr terbaru menggunakan teknologi foldable display! Yup skrin boleh lipat!

Menurut laporan Wall Street Journal, hanya 200,000 unit saja dikeluarkan dan harganya berkemungkinan harga adalah sekitar $1,500 (RM4,550).

Jadi, adakah anda teruja?