Bagi kategori dewasa, ramai mengetahui mengenai kelajuan dan kepantasan Usain Bolt. Antara atlet yang diiktiraf sebagai pelari paling laju dunia.

Namun bagaimana pula kanak-kanak? Kini seorang kanak-kanak berusia 7 tahun nampak gayanya telah digelar sebagai Usain Bolt 'junior' apabila mencatat masa kelajuan 13.48 saat ketika saingan 100 meter di Florida, Amerika Syarikat.

Malah, melihat pada catatan masa itu, Rudolph 'Blaze' Ingram berkemungkinan kanak-kanak terpantas di dunia.

2019 Track Season Starting Off Amazing 60 Meter Dash 8.69 ⚡️⚡️ 100 Meter Dash 13.48 Record Breaking ⚡️⚡️#sctop10

A post shared by Blaze The Great (@blaze_813) on


Menerusi bbc.com, Blaze juga dikatakan sebagai pelajar pintar di sekolahnya, malah instagram kanak-kanak ini juga mempunyai 301,000 pengikut.

Untuk rekod, Usain Bolt masih memegang rekod sebagai manusia terpasa di dunia dengan catatan masa 9.58 saat.