Rancangan

#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi

Maliah Surip
12/09/2021
13:51 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Dilahirkan Ibu Buta Yang Dianggap Pengemis, Perkongsian Wanita Ini Undang Empati & Jadi Inspirasi
Perkongsian seorang pengguna platform media sosial yang dikenali sebagai Mimi yang menggunakan akaun @syamimia_ mengenai sejarah kehidupannya cukup menarik perhatian.
Hal itu kerana ia bukanlah sebuah kisah biasa biasa, tetapi seperti kata Mimi, cerita keluarganya adalah sebuah kisah yang sangat luar biasa. Wanita yang sempurna sifat ini dilahirkan oleh pasangan cacat penglihatan atau buta.
Menumpahkan luahannya dalam bahasa Inggeris, Mimi memulakan perkongsian tentang keluarganya dengan memperkenalkan ia sebagai 5 sekeluarga sederhana sejak tahun 1996.
Bersama pengenalan itu, dia menyertakan dua keping foto ; salah satunya potret keluarga dan keratan akhbar mengenai seorang wanita kelainan upaya yang cacat penglihatan atau buta.
"Saya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang cukup sempurna buat saya. Dia menjaul tisu pada waktu malam di sekitar Kuala Lumpur. Kadang kadang 'ditangkap' lensa kamera sebagai pengemis pada tahun 2000," mula Mimi.
Wanita yang memiliki 40.2 pengikut di laman Instagram ini melanjutkan penceritaannya. Dia mengatakan ibu akan menjual tisu di sekitar Bukit Bintang-Jalan Ampang-Pavilion-Chow Kit-Kampung Bharu.
"Saya pernah menemani ibu menjual tisu sewaktu cuti peperiksaan PMR. Ia memalukan. Mereka lihat kepada ibu dan meminta dia pergi," dedahnya.
Menurut Mimi lagi, ibunya tak pernah memaksa orang membeli tisu. Selalunya sambil menjual, dia akan menyebut 'Cik derma ikhlas'.
"Mereka akan bayar $0.50 sen dan kadang kadang $0.10 sen. Dia menerima RM20 satu malam, tambang teksi, makan dan dan jualan tisu tidak termasuk," kenangnya.
Namun kata Mimi pengalaman yang pernah dilalui bersama ibu luar biasanya itu tidak pernah membuat dia malu atau cuba menyembunyikan keturunannya. Dia sentiasa bersyukur dan katanya, kerana ibu dia mendapatkan keputusan cemerlang iaitu straight As dalam PMR.
Mimi mengenang, ibunya pernah memberitahu manusia normal membencinya, sombong dan mengambil foto dirinya tanpa izin serta melabelkan dia sebagai pengemis biar hakikatnya wanita yang disanjung itu menjual tisu.
Luahan ini kata Mimi juga sengaja dilakukan untuk menjelaskan kisah ibunya kerana mereka tidak tahu. Jadi dia memutuskan untuk menjelaskan kepada mereka seperti 'janji'nya kepada ibu yang dipanggil Ummi.
"Ibu meninggal pada 1 Oktober pukul 10. 53 kerana Ovarian Cyst tahap empat di sebelah saya. Dia hanya tahu mengenai penyakit ini tiga bulan sebelumnya.
"Saya bertanya kepadanya masih ingat saya memasak Sup Tulang buatnya beberapa hari lalu? Dan dia mengangguk.
"Saya tukar lampin pakai buangnya dengan bahagia dan dia kata: “Busuk kan pampers Ummi, kotor tu. Nanti Ummi dah tak ada, jangan takut dengan kubur Ummi ya," kenang Mimi lagi.
Dia mengatakan arwah ibunya menjadi sangat manja beberapa hari sebelum meninggal.
Bersama kenangan yang dikongsikan itu, Mimi menulis orang sekeliling mungkin melihat dirinya sebagai pendiam, nerdy atau aneh, tetapi dia berbangga kerana telah dilahirkan oleh seorang ibu yang cukup berani yang juga melahirkan tiga anak perempuan.
"Ini membuatkan saya istimewa. Saya tuliskan ini untuk membuat mereka faham. Saya tidak bermaksud untuk mencari gaduh atau menimbulkan kekecohan.
"Tapi adalah sangat sukar apabila masyarakat sering mempunyai sikap curious dan self-assuming terhadap kehidupan orang lain.
"Jangan takut dan malu untuk berkomunikasi dengan banyak orang. Anda kuat dan cantik daripada apa yang anda imaginasikan," tutup Mimi.
Perkongsian yang berbaur emosi tersebut membuatkan Mimi mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan netizen tetapi juga media.
Sehingga artikel ini dikongsikan dalam kolum #GempakSpot pada minggu ini, Mimi yang memiliki perkongsian menarik dalam akauan Instagramnya juga telah menerima publisiti daripada rakan media lain.
Semua yang membaca perkongsian wanita ini menyifatkan dia sebagai seorang yang tabah dan memberi inspirasi terbaik kepada orang lain.
Pandangan dan pendapat penulis adalah karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke GempakSpot.
Instagram: @syamimia_
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar