Pelbagai usaha dilakukan oleh calon yang bertanding bagi pilihan raya umum (PRU).Semuanya dilakukan bagi memenangi hati pengundi.

Terbaru calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyediakan 1,0000 pengangkutan percuma pada hari mengundi, 9 April.

Pengangkutan percuma itu bagi mengambil dan menghantar pulang pengundi di kawasan itu ke pusat mengundi pada Rabu minggu depan.

ELAK KEJADIAN 4,000 PENGUNDI TIDAK TURUN PRU LALU

Analisis dilakukan bagi mengenal pasti punca tidak mengundi

Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerusi Harian Metro berkata, usaha itu bertujuan memastikan jumlah pengundi yang turun di kawasan itu meningkat.

Selain itu, inisiatif itu juga diharapkan dapat memastikan lebih 4,000 pengundi yang tidak turun mengundi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu dapat dikurangkan.

Jelasnya usaha itu dibuat berdasarkan analisis yang dilakukan pihaknya.

Terdapat tiga sebab mengapa lebih 4,000 pengundi tidak keluar mengundi.

"Antaranya adalah ketiadaan dan tidak tahu lokasi pusat mengundi mereka.

"Selain itu tanggapan tidak perlu mengundi kerana yakin calon akan menang juga antara dikenal pasti,” katanya.

AMBIL DAN JEMPUT DEPAN RUMAH

Tiada alasan lagi untuk tidak mengundi

Petugas serta sukarelawan yang berkhidmat bukan saja menghantar, tetapi menjemput pengundi di depan rumah mereka.

Pada PRU ke-14 ini, Johari berdepan cabaran tiga penjuru menentang Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan calon PKR, Rina Harun yang juga Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pada PRU lalu, Johari yang juga Menteri Kewangan Kedua hanya menang dengan majoriti tipis, iaitu 866 undi.