Skop

1.2 Juta Penduduk Selangor Tidak Bayar Zakat

Jay Shazwan
24/05/2017
02:37 MYT
Hampir 70 peratus daripada penduduk negeri Selangor dilaporkan gagal membayar zakat iaitu 1.2 juta daripada 1.5 juta penduduk di negeri Selangor. Jumlah tersebut terdiri daripada mereka yang telah mempunyai kerja tetap dan berumur 21 sehingga 30 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor, Hussin Mohd Alia berkata, masih ramai yang merasakan mereka belum layak membayar zakat walaupun sebenarnya mereka telah cukup syarat mengikut Islam.
“Jumlah pembayar zakat di Selangor masih rendah kerana terdapat segelintir daripada mereka membayarnya di negeri lain. Ramai juga penduduk negeri ini yang membayar zakat di negeri kelahiran mereka apabila pulang berhari raya,” katanya selepas merasmikan Program Agihan Bantuan Ramadan dan Hari Raya 2017 di Masjid Darul Ehsan di sini, semalam.
Menurutnya, generasi muda kini kurang kesedaran mengenai membudayakan zakat sebagai salah satu ibadah yang penting.
“Golongan asnaf meningkat dari tahun ke tahun dan saya berharap jumlah kutipan juga meningkat. Saya berharap, rakyat negeri ini mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk menunaikan zakat supaya bantuan kepada 46,046 keluarga asnaf di negeri ini dapat disalurkan,” katanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

Diumum Menang Cabutan Bertuah Oleh Pusat Zakat, Individu Buat Tak Layan Sebab Ingat Scammer, Rupa-Rupanya…

gempak
30/12/2023
02:55 MYT
Kan dah melepas...
Laman Utama

Dikritik Menunjuk Bayar Zakat? Netizen Pertahankan Sharifah Shahira - “Memang Dalam Islam Digalakkan…”

gempak
24/12/2023
07:25 MYT
Zakat boleh diuar-uarkan
Laman Utama

Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"

gempak
20/12/2023
06:45 MYT
Alhamdulillah..
Laman Utama

“Mak Paling Banyak Nasihat, Ingatkan Saya Tentang Zakat” - Siti Nurhaliza

gempak
16/11/2023
00:55 MYT
Siti sentiasa asingkan pendapatan untuk bayaran zakat
Laman Utama

Mohon Bantuan Konon Alami Kesempitan Hidup, Baitulmal MAIWP Terkejut ‘Asnaf’ Diami Kondo T20

gempak
01/09/2022
23:50 MYT
Realiti tidak seiring dengan keinginan