,
Gaya Hidup

4 Jenama Antarabangsa Ini Sebenarnya Buatan Malaysia!

Syafiqah Jalal
12/04/2017
12:00 MYT
Barangan berjenama sememangnya sentiasa mendapat sambutan hangat daripada pengguna, terutamanya di Malaysia.
Tetapi, tahukah anda bahawa empat jenama popular ini disangka buatan luar negara namun pada hakikatnya adalah buatan tempatan.
Berikut kami senaraikan jenama popular buatan Malaysia:
1. BONIA Pasti ramai di antara anda yang tidak menyedari bahawa jenama beg tangan dan pakaian mewah ini sebenarnya berasal dari Malaysia. BONIA Cooperation Berhad telah ditubuhkan pada 1974. Produk jenama kulit eksklusif ini juga diinspirasikan daripada hasil rekaan Itali.
2. SAN FRANCISCO COFFEE Mungkin dengan hanya mendengar namanya sudah cukup membuat anda berfikir jenama kopi ini berasal dari San Francisco. Tahukah anda, San Francisco Coffee telah membuka cawangan pertamanya di Malaysia dan syarikat ini dimiliki oleh Lyndarahim Ventures Sdn. Bhd. dibawah pengurusan Datuk Abdul Rahim Zin.
3. THE MANHATTAN FISH MARKET Nama restoran ini semenangnya popular di kalangan rakyat Malaysia yang gemarka makanan laut. Namun, restoran ini sebenarnya bukanlah berasal dari Manhattan, New York. Sebaliknya, diasaskan oleh George Ang and Dr. Jeffrey Goh yang merupakan dua orang rakyat tempatan.
4. VOCHELLE Mungkin ramai yang menyangkakan coklat jenama Vochelle ini adalah produk yang diimport daripada luar negara. Coklat ini sebenarnya diedarkan oleh Maestro Swiss, sebuah syarikat pengilangan, penjualan, dan pemasaran dalam industri makanan dan minuman Malaysia. Ibu pejabat dan kilang jenama ini bertapak di Pulau Pinang, manakala pejabat jualan terletak di Petaling Jaya, Selangor.
Sumber : Cilisos.my, Taikotai.tv Olahan : Izzat Ridzwan
Related Topics
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Jenama Kopi Itali Buka Cawangan Di NU Sentral, Semak Apa Yang Menarik Tentang Illy Caffè

gempak
29/09/2024
14:35 MYT
Jenama kopi dan kafe yang terkenal di seluruh dunia, Illy, telah mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan rasmi outlet terbarunya di NU Sentral.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
BorakSeeni