Bermula 1 Julai 2017, insurans kenderaan di Malaysia mengalami liberalisasi secara berperingkat di mana tarif atau kadar premium tetap yang sebelum ini diubah secara beransur-ansur.

Harga insurans kenderaan tidak lagi dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebaliknya syarikat insurans yang akan meletakkan harga sendiri. Susulan itu, pelbagai pendapat dilemparkan ramai pihak berhubung perkara itu kerana ia bakal memberi kesan ke atas lebih 27.61 juta kenderaan berdaftar di Malaysia waktu ini.

Mereka yang menyokong langkah tersebut berpendapat ia bakal menjadikan harga insurans di Malaysia lebih murah disebabkan oleh `perang harga' antara syarikat insurans.

Sebilangan pihak pula bimbang pengguna akan tetap terpaksa membayar lebih untuk insurans kenderaan apabila nyahtarif insurans kenderaan bermula.

APA KATA PAKAR INSURANS AM

Ketua Perniagaan Retail, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, Jimmy Tan berkongsi maklumat mengenai liberalisasi insurans kenderaan. Dia menggariskan tujuh perkara penting yang perlu diketahui orang ramai iaitu:

1. Apakah liberalisasi berperingkat vs liberalisasi sepenuhnya?

Dalam pasaran liberalisasi sepenuhnya, penanggung insurans akan berubah dari sistem pengunderaitan berasaskan peraturan kepada struktur membuat keputusan berasaskan risiko. Bagaimanapun, dalam persekitaran liberalisasi berperingkat, syarikat insurans masih boleh memodelkan harga berasaskan risiko mereka dengan sewajarnya.

Kadar premium boleh dihadkan pada pertambahan 10 peratus atau pengurangan 10 peratus dari premium yang akan dikenakan dari penanggung insurans yang sama semasa pembaharuan.

Dari semasa ke semasa, had itu akan meningkat secara ansuran dan akhirnya akan dikeluarkan sepenuhnya dan mencapai insurans motor dan kebakaran yang diliberalisasikan sepenuhnya.

Selain itu, di bawah liberalisasi berperingkat insurans motor, hanya dasar pihak ketiga masih tertakluk kepada tarif atau kadar harga tetap.

2. Apakah itu harga berasaskan risiko?

Pada dasarnya, penanggung insurans boleh menentukan jumlah premium yang anda akan bayar untuk polisi berdasarkan risiko. Ini termasuk butiran seperti jantina, kerja, pengalaman memandu, jenis dan model kereta, tempat tinggal dan sejarah tuntutan.

Pendek kata, faktor risiko lebih positif dalam profil anda, semakin besar kemungkinan anda akan menikmati premium yang lebih rendah.

3. Bagaimana penanggung insurans akan membuat keputusan tentang harga?

Setiap penanggung insurans akan mempunyai set faktor risiko tersendiri. Mereka akan menjalankan analisis sendiri terhadap set faktor risiko ini untuk mencipta persepsi mereka terhadap risiko dan menggunakannya bagi menghasilkan kaedah harga berasaskan risiko sendiri (atau tarif baru) untuk mengira premium kepada pelanggan mereka.

4. Sebagai pengguna, perlukah saya risau?

Tidak semuanya berita gembira setakat ini. Dalam pasaran yang diliberalisasikan, pengguna akan menikmati harga premium yang lebih bagus jika mempunyai profil risiko yang rendah.

Dengan mengambil kira bagaimana sejarah tuntutan yang baik boleh menjejaskan premium, ini akan menjadikan anda pemandu yang lebih baik secara tidak langsung. Malah, ini akan membenarkan persaingan sihat dalam kalangan penanggung insurans untuk tampil dengan produk bernilai tambah dan lebih baik untuk memberi manfaat kepada pelanggan.

5. Bagaimana saya tahu jika harga yang diberi adalah adil?

Jangan bimbang! BNM mengawal semua institusi kewangan yang mengawasi aplikasi tarif yang baru.

6. Apakah maksudnya bagi syarikat insurans?

Ini semua menunjukkan persaingan yang bebas, lebih banyak perbezaan produk, harga premium yang seimbang dan lebih penekanan terhadap kepuasan pelanggan.

Jimmy memberi contoh Allianz akan terus menyediakan nilai terbaik untuk pelanggan melalui produk yang baik pada harga tepat, menunjukkan piawaian perkhidmatan pelanggan yang tinggi dan perkhidmatan selepas jualan yang unggul.

7. Peringatan buat pelanggan?

Pelanggan mesti ingat bahawa harga yang murah tidak semestinya bagus kerana anda mungkin akan mengalami kerumitan dalam tempoh masa panjang. Lalui perubahan baru secara positif dan dapatkan nilai dan tahap perkhidmatan yang anda rasa selesa.