Skop

Cikgu Sado, MadLipz, Lelaki Anime, Antara Imbasan 2017 Paling Hangat

Hanafis Haris
19/12/2017
03:47 MYT

Kebangkitan platform baru khususnya media sosial sejak beberapa tahun lalu dilihat banyak mengubah cara hidup penduduk seluruh dunia.

Saban tahun, ada saja fungsi baru yang hadir di media sosial, sekali gus memberi kebebasan kepada pengguna untuk menerokai ciri terbabit. Sama ada ke arah kebaikan atau keburukan, semuanya terpulang kepada individu terbabit.
Malah, ada dalam kalangan mereka tular secara tidak sengaja dan tidak kurang juga sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan perhatian.
Tahun 2017 juga tidak terlepas daripada banyak perkara yang tular sehingga menjadi bualan ramai.
Rojak Daily Skop! mengimbas kembali perkara tular yang berlaku sepanjang tahun ini. Sama ada secara kebetulan atau disengajakan, ini antara 10 kategori viral sepanjang 2017:
1. FACEBOOK 'LIVE' MAKEUP TUTORIAL
Tahun 2017 menyaksikan kebanjiran tutorial solekan di Facebook dan juga YouTube Sejak Facebook (FB) memperkenalkan fungsi 'live' pada platformnya, maka ‘timeline’ ketika itu kerap dipenuhi dengan video siaran langsung. Paling ketara adalah pada tahun lalu yang mana media arus perdana juga banyak menggunakan fungsi berkenaan. Ada saja topik disiarkan secara langsung.
Pada tahun ini, netizen turut menyertai ‘bandwagon’ ini dengan melakukan Facebook Live dan antaranya teknik solekan. Menariknya, bukan hanya perempuan, lelaki juga melakukan teknik solekan di FB.
Bagaimanapun, kehadiran jurusolek lelaki melakukan FB Live dianggap agak janggal oleh sesetengah pengguna. Antara individu yang mendapat perhatian adalah jurusolek, Aizat Abdul Razak.
Bagi yang mengenalinya, dia adalah jurusolek yang pernah menata rias selebriti tempatan seperti Fasha Sanda, Wawa Zainal, dan Anzalna Nasir.
Oleh demikian, pengalamannya itu melayakkan dirinya untuk berkongsi panduan kepada pengguna dalam bidang solekan.
Biarpun ada yang mengecam tindakan lelaki ini membuat tutorial solekan, setiap FB Live yang dilakukannya menerima hampir 70,000 penonton bagi setiap video.
2. SOLEKAN DRAMATIK 3D
Solekan 3 Dimensi sudah lama mendapat sambutan di luar negara. Namun, tahukah anda Malaysia turut mempunyai ramai bakat baru dalam bidang berkenaan?
Antara yang menyerlah adalah Syahirah Aqira Azlah yang melakukan solekan 3D. Pada usianya yang baru 23 tahun, dia sudah mampu membuka kelas solekan profesional.
Malah, hasil kerjanya juga mendapat perhatian penulis blog di luar negara.
Anda boleh lihat hasil kerja gadis ini yang dimuat naik di YouTube peribadinya. Penghasilan video juga sangat berkualiti, menjadikan ia antara yang patut dibanggakan.
Setiap video tutorial yang dimuat naik mencecah 15,000 tontonan.
3. KERETA JADI STUDIO MINI
Percaya atau tidak, boleh dikatakan lebih daripada lima individu menjadi tular pada tahun ini membuat rakaman video mereka di dalam kenderaan. Mungkin inspirasi daripada Merra James yang tular selepas membuat 'miming' di dalam kereta.
Bagaimanapun, mereka tular bukanlah kerana suasana di dalam kereta itu sebaliknya, topik yang dibangkitkan. Ada yang terkenal kerana gaya penyampaian mereka yang unik, tidak kurang juga hanya meluahkan perasaan.
Siapa boleh lupa kenyataan berani mati Farah Elmo yang membidas golongan lelaki yang mahu berkahwin tetapi tidak mahu memikul tanggungjawab dan berusaha mencari rezeki.
Selain itu, Nurhayati Tahir, 26, yang bercakap di dalam kereta menggunakan loghat Thai juga tular. Lenggok dan cara bercakap dengan cara yang unik menjadikan video berkenaan ditonton berulang kali.
Lihatlah video ini saja sudah mencapai tontonan sebanyak 1.2 juta!
4. ANDA SADO? BOLEH CUBA TULAR JUGA
Guru ini tular beberapa bulan lalu. Tahun ini menyaksikan beberapa guru mendapat perhatian luar kawalan apabila gaya mereka berketerampilan kemas dan berbadan sasa atau ‘sado’ menjadi tular di media sosial.
Jika dulu Dr Muhammad Shazril hangat diperkatakan netizen, kali ini beberapa guru mengambil alih tempat berkenaan.
Guru subjek Pendidikan Jasmani ini contohnya mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar dirinya dengan fizikal tegap.
Sekali imbas, mungkin ramai menganggap pemuda ini seorang model. Namun, hakikatnya dia adalah guru di sebuah sekolah menengah pada Mei lalu.
Usianya pula baru 23 tahun dan jumlah pengikutnya di Instagram mencecah 84,000.
5. SEMUA TERMASUK MEDIA TERTIPU DENGAN LELAKI ANIME?
Wajah seakan karakter anime menjadi kegilaan remaja sekarang. Tahun 2017 menampakkan ketaksuban orang ramai untuk menjadi lebih daripada diri mereka sekarang. Isu paling panas pada tahun ini tentulah mengenai seorang lelaki yang berwajah karakter 'anime'.
Kisah Amirul ini menjadi tular apabila dia sanggup menghabiskan hampir RM200,000 untuk menjalani pembedahan menukar wajahnya seperti watak 'anime'. Malah. kisah berkenaan diangkat sebagai muka depan sebuah akhbar tempatan.
Bagaimanapun, terdapat 'plot twist' mengenai kisah sebenar berkenaan apabila rakan wanita lelaki terbabit mendakwa ia hanya rekaan semata-mata.
Gambar yang dipaparkan di media sosial Amirul dikatakan telah menjalani pelbagai suntingan yang banyak bagi mendapatkan dagu yang runcing dengan wajah yang 'flawless'.
Sehingga kini lelaki terbabit terus berdiam untuk menjelaskan perkara berkenaan.
6. RAYA PALING 'AWKWARD'
Planking? Tidak pasti apa sebenarnya yang cuba disampaikan mereka. Sambutan Aidilfitri yang disambut sekitar Jun tahun ini merupakan antara tahun yang paling meriah dengan memperlihatkan pelbagai jenis dan gaya dimuat naik di media sosial.
Apa yang menarik perhatian khalayak, ada yang menyambutnya dengan pelbagai aksi luar biasa dan adakalanya melucukan.
Siapa yang boleh lupa dengan ragam golongan muda lengkap berpakaian baju raya terbaring atas rumput. Tidak pasti apa yang cuba disampaikan mereka tetapi ia agak sukar untuk 'dihadam' oleh generasi lama.
Selain itu baju sedondon sekeluarga yang bergambar di celahan pokok pisang turut tular. Baju kurung Hello Kitty juga antara yang diperkatakan netizen.
7. TIGA MURID BUKTIKAN BAKAT MENGATASI SEGALANYA
Jika di Malaysia, pendedahan terhadap gaya muzik ‘beatbox’ agak kurang. Sebenarnya 'beatbox' menggabungkan beberapa bunyi yang dihasilkan melalui mulut, bibir, lidah dan suara.
Apa yang menarik mengenai kaedah muzik ini, satu video yang memaparkan tiga murid melakukan 'beatbox' menjadi tular di media sosial.
Video murid Sekolah Kebangsaan Bongkol Pitas, Sabah ini bukan hanya tular di Malaysia, malah tular sehingga ke pengetahuan Mark Martin iaitu Juara Kejohanan Beatbox Amerika Syarikat 2016.
“Awesome! Very hard work! Well done!” itu komen Mark.
Video yang dimuat naik guru muzik sekolah itu pada 23 Januari lalu tular di FB dan kini ditonton lebih 148,000 kali selain menerima lebih 2,000 perkongsian.
8. APLIKASI MADLIPZ KEMBALIKAN 'PARODI' LAWAK
Jika tahun lalu, aplikasi Smule memonopoli media sosial di seluruh negara, kali ini giliran Madlipz pula. Adanya aplikasi ini, melakukan lawak parodi menjadi lebih mudah.
Fenomena Madlipz ini bermula apabila seorang pemuda memuat naik hasil parodi yang kelakar menggunakan beberapa watak kartun popular seperti Doraemon dan SpongeBob SquarePants.
Paling diingati adalah parodi watak Doreamon yang amat menjadi. Suara yang seakan sama dengan versi asal menjadikan hasil video pemuda ini tular dan banyak dikongsi netizen.
Aplikasi ini membolehkan anda memasukkan suara pada video yang dipilih. Anda hanya perlu memuat turun di Play Store atau App Store, kemudian mula merekod suara anda sendiri.
Individu di sebalik penghasilan video ini adalah Ajiq Haris. Anda boleh lihat profil Instagram Ajiq Haris di sini. Sehinga kini pemuda ini sudah mempunyai 229,000 pengikut dan jumlah tontonan setiap video juga mencecah angka yang hampir sama.
Anda juga boleh melihat akaun Madlipz Malaysia untuk lebih banyak video kreatif dan melucukan.

A post shared by a j i q h a r i s (@ajqhrs) on

9. MELATAH SAMPAI LUNYAI
Nampaknya pada tahun ini ramai jurusolek yang mendapat perhatian ramai. Bagaimanapun, insiden yang berlaku terhadap jurusolek ini boleh dikatakan 1 dalam 1,000.
Video yang tular itu memaparkan Mansur Sahri hampir terbaring selepas mendengar tembakan pistol ketika cuba menembak di lapang sasar.
Biasanya jika seseorang itu melatah, mereka akan mengeluarkan perkataan di luar kawalan. Namun, lain pula terjadi pada Mansur, dia cuma terbaring jika terkejut.
Perkara itu sedikit sebanyak menjadikan kejadian berkenaan agak lucu kerana setiap kali tembakan dilepaskan, setiap kali itu juga Mansur akan terbaring lunyai.
10. SEDIKIT PERTOLONGAN SERIBU PERKONGSIAN
Kita tidak dapat menidakkan kuasa tular yang dibawa oleh pengguna media sosial. Namun, kita juga tidak boleh menidakkan perbuatan yang baik itu juga boleh tersebar luas, sekali gus menjadi inspirasi kepada semua netizen.
Tahun ini menyaksikan pelbagai perkongsian yang memaparkan niat murni dan usaha untuk saling membantu biarpun mempunyai perbezaan agama dan budaya.
Antara yang menarik perhatian pada tahun ini adalah tindakan murni seorang doktor wanita yang sanggup menghentikan kenderaannya untuk membantu seorang pemuda yang terbabit dalam kemalangan.
Gambar berkenaan tular dan menerima 48,000 likes dan hampir 700 perkongsian.
Kebanyakan pengguna FB memuji tindakan wanita terbabit yang membantu Faizal biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa.
Diharapkan tahun 2018 akan membuka laluan terhadap 'posting' sebegini supaya mentaliti dan pemikiran generasi muda lebih terjaga. Mana tau, mungkin anda bakal menjadi popular menerusi video tular pada tahun hadapan!
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”

gempak
24/07/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menegaskan dirinya tidak memberontak seperti yang diperkatakan warganet sebelum ini.
Viral

Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

gempak
22/07/2024
06:52 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Viral

Terlalu Banyak Spekulasi, Ustaz Hadhari Mohon Orang Ramai Hormat Arwah Farah Kartini - “Menjaja Cerita Tak Baik”

gempak
21/07/2024
03:25 MYT
Susulan spekulasi dan pandangan yang dikeluarkan oleh ramai pihak berkaitan kes pembunuhan Farah Kartini, penyampai radio dan pendakwah, Ustaz Tajdid Hadhari meminta supaya perbuatan tersebut dihentikan.
Viral

Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

gempak
16/07/2024
03:40 MYT
Sahabat baik arwah Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Haziq menafikan dakwaan netizen yang mengatakan Allahyarham mengikut teman lelaki ke Thailand.
Hiburan

Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”

gempak
14/07/2024
00:03 MYT
Buku novel yang ditulis oleh personaliti media sosial, Aisyah Hijanah berjudul Selama Nafasku Berhembus kini menjadi tular di media sosial.