,
Skop

“Dia Akan Tamat Bila Dia Tamat" - 5 Perkara Anda Perlu Tahu Mengenai Datuk Seri Amar Singh

Hanafis Haris
25/05/2018
08:42 MYT
“Dia akan tamat bila dia tamat"
Masih ingat jawapan 'pedas' Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ini?
Video pendek berdurasi 11 saat itu tular seminggu yang lalu. Ia sekali gus menjadikan Amar Singh sebagai sebahagian pihak berkuasa paling popular ketika ini.
Namun, disebalik pesona yang dibawa Amar Singh ini, adakah anda tahu siapa dia sebenarnya? Apa pula latar belakangnya.
1. BEKAS KETUA POLIS KUALA LUMPUR
Dilantik menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur. Selepas tamat latihan asas Kadet Asisten Superintenden pada tahun 1983, Datuk Amar Singh dihantar bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah di Ipoh sebelum ditukarkan ke Johor Baharu dan Klang, Selangor.
Pada Mac 2016, beliau kemudian dilantik menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJK pada 9 November lalu.
2. KELULUSAN BUKAN BIASA-BIASA
Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya (UM), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Buckingham serta Sijil Amalan Guaman (CLP) daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang.
Selain itu, beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Keadilan Jenayah dari UM dan Diploma Amalan Undang-Undang Syariah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
3. KENDALI KES 'HIGH PROFIL'
Antara kes dikendalikan Amar.Menurut entri seorang bekas wartawan jenayah senior Syahril A.Kadir, Amar juga antara pegawai polis yang mengendalikan beberapa kes besar menggemparkan negara termasuk kes bekas eksekutif kanan PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Bangkok, Thailand.
4. KES MONA FENDI
Masih ingat kes ini? Siapa yang boleh lupa bukan. Anda jangan terkejut kerana beliau juga antara mengendalikan kes pembunuhan yang dilakukan bomoh wanita, Mona Fandey.
Mona telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 2 November 2001 di Penjara Kajang, Kajang, Selangor pada usia 45 tahun selepas beliau didapati bersalah kerana membunuh bekas ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
5. TEGAS TETAPI TETAPI HORMAT MEDIA
Melihat riak wajahnya, memang tegas orangnya, namun jika anda perhatikan setiap kali sidang media, beliau tetap tenang walau diasak dengan soalan bertubi-tubi .
Namun jika diperhatikan, beliau masih memanggil para wartawan dengan gelaran 'Tuan-Tuan' sebagai tanda hormat. Tegas tetapi masih menghormati kerjaya masing-masing.
Related Topics
Must-Watch Video
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Ziyad Hadiahkan Malaysia Perak Dari Paralimpik Paris 2024 - “Lega Rasanya Kerana Detik Tersebut Memang Menghantui Saya Sejak…”

gempak
04/09/2024
00:25 MYT
Hasrat jaguh olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk merampas kembali pingat emas lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual) di Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak kesampaian.