Skop

Individu Ini Perlukan Bantuan Anda Lunaskan Bil Hospital Cecah RM1 Juta

Hanafis Haris
26/12/2017
05:38 MYT
Bayangkan sekiranya anda ditimpa musibah ketika melancong dan kos rawatan yang dikenakan terhadap anda mencecah RM1 juta. Adakah anda mampu menghadapinya?
Itulah yang berlaku kepada Mohd Radzi Abd Hadi, 56, apabila dia diserang sakit jantung ketika melawat keluarga anak sulungnya di Phoenix, Arizona.
Penderitaan yang dialami Mohd Radzi ini menjadi tular sejak beberapa hari selepas mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Yuna.
Malah, entri anak perempuan Mohd Radzi iaitu Tasnim yang memohon bantuan orang ramai turut mengundang sebak. Permohonan bantuan itu ditulis di laman sesawang gofundme.

Today I visited @tasnimradzi and her family at the California Hospital Medical Center.. thanks to her friend @amirahsaad who DMed me about this Kedahan family from Alor Setar, Malaysia they were on their 1st family vacation in the U.S. when Tasnim's dad collapsed last week here in L.A, but Alhamdulillah the hospital was quick to treat him & saved his life ..now he's recovering! Also, so much love for LA based Malaysian students who offered their home to this family!! Any help is good will post more soon about this. Praying for a speedy recovery to uncle Radzi, it was great meeting you all, made me miss my little family back home?❤️ also what kind of friend DMs a singer through IG asking to help a friend? the crazy kind, the best kind! Tasnim&Amirah y'all are friends for LIFE. I've to say I'd do the same for my friends too. EDITED//ps: @uber_my where you at?!!! #itsaMalaysianthing ??#kedah

A post shared by Yuna (@yunamusic) on

SERANGAN JANTUNG SECARA TIBA-TIBA
Menurut Tasnim, kisah malang menimpa bapanya ini berlaku pada 9 Disember lalu. Bapanya diserang sakit jantung ('cardiac arrest') ketika dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Tempe, Arizona.
Sehubungan itu dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Dignity Health-California Hospital Medical Center. Bapanya dirawat di hospital selama lima hari sebelum dibenarkan keluar pada 17 Disember lalu.
Bagaimanapun, bil perubatan yang terpaksa ditanggung bukan sedikit, sebaliknya mencecah RM1 juta! Bil rawatan saja hampir RM800,000 dan ia belum termasuk caj pengurusan doktor dan lain-lain perkhidmatan.
Menurut Tasnim, mereka bukanlah dari golongan kaya apatah lagi dia dan bapanya yang berkhidmat di sektor kerajaan tidak mampu untuk melunaskan bayaran hospital berkenaan.
Insurans perjalanan mereka hanya menampung satu pertiga daripada kos rawatan dan mereka mendahulukan wang sebelum membuat tuntutan kemudian.
MOHON BANTUAN ANDA
Mohd Radzi (kiri) sebelum diserang sakit jantung pada 9 Disember lalu. Biarpun jumlah pembayaran hospital melambung tinggi tetapi ia tidak mematahkan semangat keluarga ini. Mereka sekeluarga sebeliknya berusaha mencari dana termasuk menerusi laman gofundme.com
Sehingga semalam (25 Disember), ini kutipan yang berjaya dikumpul.
Bank Islam - RM3,825 (AS$936) Maybank - RM10,068 (AS$2,465) Go Fund Me - RM20,937 (USD5,127)
Pada anda yang ingin menghulurkan bantuan boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam, 12122020088470 milik Tasnim Mohd Radzi atau akaun Maybank, Abdul Rahimi Abdul Rahman 162487109218.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Nonny Nadirah Nafi Diri Memberontak - “Ada Nampak Saya Murung Ke Selama Ni? Lantaklah Apa Nak Cakap, Malas Ambil Peduli”

gempak
24/07/2024
13:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah menegaskan dirinya tidak memberontak seperti yang diperkatakan warganet sebelum ini.
Viral

Elcah Dedah Pramugari Sondol Suaminya! Siap Panggil Baby Sayang, Minta RM20,000 - “Mana Pergi Hati Kau, Aku Perempuan Dan Kau Pun Perempuan”

gempak
22/07/2024
06:52 MYT
Pempengaruh media sosial, Elcah mendakwa suaminya telah diganggu oleh seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkemuka.
Viral

Terlalu Banyak Spekulasi, Ustaz Hadhari Mohon Orang Ramai Hormat Arwah Farah Kartini - “Menjaja Cerita Tak Baik”

gempak
21/07/2024
03:25 MYT
Susulan spekulasi dan pandangan yang dikeluarkan oleh ramai pihak berkaitan kes pembunuhan Farah Kartini, penyampai radio dan pendakwah, Ustaz Tajdid Hadhari meminta supaya perbuatan tersebut dihentikan.
Viral

Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

gempak
16/07/2024
03:40 MYT
Sahabat baik arwah Nur Farah Kartini yang dikenali sebagai Haziq menafikan dakwaan netizen yang mengatakan Allahyarham mengikut teman lelaki ke Thailand.
Hiburan

Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”

gempak
14/07/2024
00:03 MYT
Buku novel yang ditulis oleh personaliti media sosial, Aisyah Hijanah berjudul Selama Nafasku Berhembus kini menjadi tular di media sosial.