Skop

Ingat Tak Dulu Kita Pernah Main Tikam? Takkan Dah Lupa...

Adelia Amin
27/09/2017
04:43 MYT
Sponsor Banner
Ingat Tak Dulu Kita Pernah Main Tikam? Takkan Dah Lupa...
Permainan gasing, guli, penutup botol dan dam ular antara aktiviti wajib jika berkumpul dengan kawan-kawan. Masing-masing sibuk tunjuk 'skill' siapa hebat, siapa ada koleksi guli paling banyak dan macam-macam lagi.
Lagi seronok, lepas balik sekolah masing-masing berebut singgah ke kedai runcit sebab nak main permainan tikam. Kalau ada 'luck', hasilnya memang lumayan, dapat dompet la, kereta mainan la. Hadiahnya memang tak seberapa tapi perasaan masa main yang buat kita gembira. Itulah pengalaman zaman kanak-kanak jika anda membesar sekitar tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an.
Namun, jika tanya budak-budak sekarang, siapa tahu main gasing, pernah main guli berkumpulan tak? Penulis pasti ramai budak-budak zaman millennium tak pernah rasa pun pengalaman tu semua.
Permainan gasing antara aktiviti yang paling digemari ramai kanak-kanak suatu ketika dulu.
PELUANG KEMBALI ZAMAN SILAM
Zaman serba canggih, lagi-lagi dengan pelbagai media sosial menjadikan kanak-kanak kita lebih pasif dan lebih suka terperuk di rumah melayan aktiviti sosial di alam maya.
Nak anak anda kembali ke zaman anda membesar? Nak anak anda rasa bagaimana jadi kanak-kanak yang sebenar? Jom singgah ke kedai Childhood, A Taste of Memory yang sarat dengan pelbagai alat permainan dan makanan di zaman 1970-an, 1980-an dan 1990-an.
Mesti ramai yang masih teringat permainan belon ini.
Terletak di aras B1, MyTown Cheras, Kuala Lumpur, kiosk ini agak tersorok sedikit. Anda kena perhati betul-betul jika berada di aras ini. Penulis hampir tidak perasaan kewujudan kedai Childhood ini kerana dekorasi kiosknya agak 'oldies' dan cahaya yang agak malap.
Tetapi jangan risau, jika tak jumpa, jangan segan silu nak tanya orang kat sana ya.
Gam (kanan) dengan pelekat tindik telinga antara koleksi zaman kanak-kanak yang sukar dilupakan.
Daripada deretan snek seperti gula-gula susu, sagu, asam siling dan biskut warna warni serta kek Hiro sehingga permainan Ding Dang, Tora dan Jojo yang menjadi kegilaan pada satu ketika dulu.
Permainan tikam yang susah nak jumpa sekarang, kedai ini masih lagi ada ya. Unik dan 'rare' pulak tu. Dah masuk memang 'confirmed' payah nak keluar. Penulis sampai tak cukup tangan memborong. Yang seronoknya harga barangan yang dijual memang munasabah dan tak melampau macam pengumpul koleksi barangan lama lain.
Memang seronok apabila dapat main kapal terbang jenis ini walaupun senang patah.
Kedai ni dimiliki oleh pasangan Team dan Kelvin. Mereka ni memang peminat tegar dan pengumpul permainan lama-lama. Kalau nak tanya barang yang anda inginkan boleh hubungi mereka di talian 010-7667107 dan 010-8965237.
Oh ya, selain di MyTown Cheras, kiosk Childhood, A Taste of Memory ada juga dibuka di pusat beli-belah IOI Mall Putrajaya dan Cheras.
Selama dua jam penulis berada di sini, kebanyakan pelanggan yang datang berumur 30-an dan 40-an. Masing-masing teruja jumpa permainan kegilaan zaman dulu-dulu.
Memang tak rugi terjah kiosk ni okay!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024