Sebut saja Nepal, pastinya menjadi antara destinasi impian pelancong dari seluruh dunia.

Tidak kiralah anda adalah ‘traveler’, ‘backpacker’ ataupun kaki 'hiking’, Nepal sememangnya negara yang indah untuk dikunjungi.

Nepal secara dasarnya adalah sebuah negara yang dikelilingi daratan di Himalaya, Asia Selatan di utara dan India di selatan, timur dan barat.

Walaupun dianggap negara yang serba kekurangan dan terpencil tetapi Nepal mempunyai keistimewaannya tersendiri pada mata pelancong.

Negeri ini dihuni oleh penganut Hindu, Buddha, Sikh, Jai, Kristian dan Islam. Namun, kebanyakannya mengamalkan budaya India berbanding Islam yang hanya empat peratus daripada jumlah penduduk seramai 26 juta.

Jika anda berhasrat untuk ke Nepal dengan cara yang lebih murah, Murshid Maktar, 30, berkongsi 'itinerary' percutiannya ke 'Annapurna sanctuary' selama 11 hari kepada Rojak Daily Skop!

Paling mengagumkan kesemua kos yang dikeluarkan sepanjang 11 hari ini hanyalah RM846!

Untuk anda yang tidak mengenali Murshid, dia pernah menjadi tular pada tahun lalu dengan kisah membawa anak lelakinya berusia enam bulan (ketika itu) ke Gunung Brinchang, Cameron Highlands pada ketinggian 2,031 meter. (Baca lagi: Bayi 6 Bulan Tawan Gunung Brinchang Dikecam Netizen)

Sebelum itu, Murshid juga tular dengan pendedahan lokasi Sungai Bangan Terengganu pada tahun 2015.

Jika anda mahu mengembara cara yang sama, kami kongsikan perjalanan Murshid selama 11 hari ini!

HARI PERTAMA: KUALA LUMPUR - KATHMANDU - NEPAL TOURISM BOARD - THAMIL ROAD - NEW BAS PARK - POKHARA

Lihatlah pemandangan gunung Machapuchare
Jumlah kos: RM86
HARI KEDUA: POKHARA - NAYAPOOL - BIRETHANTI - GHANDRUKJumlah kos: RM52
HARI KETIGA: GHANDRUK - KIMRUNG - CHOMRONG

Permandangan dr ABC menghala ke gunung Machapuchare.
Jumlah kos: RM64
HARI KEEMPAT: CHOMRONG - SINUWA - BAMBOO - DOVANJumlah kos: RM55Murshid berkongsi 'tips' jika mahu bilik murah, boleh pilih konsep 'dormitory' sebab harganya mengikut katil bukan bilik. Namun, ia bergantung pada Rumah Tumpangan atau jika masih ada katil kosong. Harga pula antara 150 - 200 rupee.

HARI KELIMA: DOVAN - HIMALAYA - DEURALI - MACHHAPUCHHRE BASE CAMP

Peta di kimrong (sepanjang jalan dari ghandruk-kimrong-chomrong)
Jumlah kos: RM57
HARI KEENAM: MACHHAPUCHHRE BASE CAMP - ANNAPURNA BASE CAMP - MACHHAPUCHHRE BASE CAMPJumlah kos: RM70
HARI KETUJUH: MACHHAPUCHHRE BASE CAMP - DEURALI - HIMALAYA - DOVAN

Di pondok polis di Chomrong semasa pemeriksaan permit mendaki.
Jumlah kos: RM64
HARI KELAPAN: DOVAN - BAMBOO - SINUWA - CHOMRONGJumlah kos: RM55
HARI KESEMBILAN: CHOMRONG - JINHU - NEW BRIDGE - KYUMI - SEWAIJumlah kos: RM160Pesan Murshid, cuba rancang perjalanan supaya sampai ke Sewai sebelum jam 4 petang kerana bas terakhir pada waktu tersebut. Sementara dalam bas perjalanan ke Pokhara, boleh melayari booking.com untuk menempah bilik secara atas talian dengan murah. Harga bergantung pada hari dan musim sebab harga bilik sentiasa berubah.

HARI KESEPULUH: POKHARA KE KHATMANDU

Permandangan dari ABC menghala ke gunung machapuchare
Jumlah kos: RM149
HARI KE-11: KATHMANDU - KUALA LUMPUR

Bergambar bersama pendaki2 lain daripada negara luar.
Jumlah kos: RM34Kos lain:INFO TAMBAHANUntuk anda yang ingin mengikuti perkembangan Murshid boleh 'follow' di Facebook dan Instagram jejaka ini.