,
Skop

Jumlah Kereta Klon Terus Meningkat

Sufiah Akmal
23/05/2017
07:49 MYT
Memiliki kereta pastinya memberi kemudahan pada pemilik. Namun, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan selidik terlebih dahulu sekiranya ada pihak mahu menjual kereta pada harga sangat rendah.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan, Azrin Borhan menyatakan jumlah kereta klon ini terus meningkat sebanyak 82 kereta klon yang disita JPJ Negeri Sembilan dalam tempoh tiga tahun sejak 2015.
"Sebanyak 18 buah kenderaan disita pada 2015 dan ia meningkat kepada 56 buah kenderaan, manakala sehingga Mei lalu lapan kereta disita. Lapan kenderaan klon itu membabitkan kereta jenis Toyota dan Honda yang dianggarkan bernilai RM350,000," katanya pada program lelongan awam kenderaan oleh JPJ Negeri Sembilan di Seremban, baru-baru ini.
Sebagai langkah selamat, Azrin menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dan membeli kenderaan klon yang merupakan satu kesalahan di negara ini.
"Saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati. Jika ada kemusykilan boleh rujuk dengan pihak JPJ terlebih dahulu.
"Pemilik kereta klon boleh disiasat di bawah Seksyen 7(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memiliki kenderaan tidak didaftarkan yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 jika sabit bersalah," katanya.
Sementara itu, nilai tertinggi dalam lelongan awam tersebut merupakan sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ bernilai RM4,650 manakala nilai terendah adalah sebuah motosikal Suzuki RC yang dibida pada harga RM100.
Jumlah keseluruhan kenderaan yang dilelong sebanyak 50 buah melibatkan nilai lelongan RM55,550 dan sesi lelongan itu disertai seramai 40 pembida.
Related Topics
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”

gempak
07/09/2024
13:55 MYT
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Hiburan

Sertai Kelas ‘Muay Thai’, Yusof Bahrin Akui Pelakon Perlu Ada Seni Asas Pertahankan Diri - “Kalau Nak Masuk Set Baru Nak Belajar Memang...”

gempak
07/09/2024
12:55 MYT
Menurut Yusof, pelakon yang mempunyai asas mempertahankan diri akan menjadikan babak berlawan itu nampak lebih menyakinkan dan cantik.
Viral

Netizen Tampil ‘Back Up’ Abang Bas, Anggap Konten Dengan Pelajar Perempuan Hanya Gurauan - “Niat Dia Baik, Yang Fitnah Nanti Merangkaklah Cari…”

gempak
07/09/2024
12:25 MYT
Susulan kes viral ‘Abang Bas’, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap lelaki tersebut dan menganggap isu itu telah menutup periuk nasinya.
Hiburan

Fiziwoo Simpati Dengan Pereka Fesyen Yang Berdepan Masalah Kewangan - “Kami Rasa Kasihan & Terkesan Dengan…”

gempak
07/09/2024
11:55 MYT
Pereka fesyen Fiziwoo mengakui mereka berasa simpati dengan situasi dihadapi rakan dalam industri kreatif yang berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa melakukan pinjaman di saluran yang salah.