Skop

Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan

Sufiah Akmal
09/06/2017
02:12 MYT
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan notis arahan pemberhentian sementara projek pembangunan bercampur di atas tapak tebus guna tanah Aman Laut di Kuala Kedah yang berkuatkuasa 15 Mei lalu. Projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.2 bilion itu dijadualkan membabitkan empat fasa iaitu Fasa 1, 1A, 2 dan 3 di atas keluasan 49.4 hektar tanah tebus guna.
Tindakan itu diambil selepas penduduk setempat membuat aduan projek pembinaan berdekatan laut itu dikhuatiri akan mengancam hasil laut untuk lebih 250 keluarga nelayan di situ. Berdasarkan Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), projek itu dijangka menjadi sebuah perbandaran baharu yang menawarkan banglo mewah, kondominium dan pusat membeli-belah.
Risiko pada penduduk
Meskipun kerajaan Kedah dilaporkan akur dengan arahan notis pemberhentian sementara tersebut, persoalan timbul bagaimana projek tambakan laut itu boleh dimulakan pada awal tahun ini jika ia tidak pernah mendapat kebenaran JAS. Persoalan itu dibangkitkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru-baru ini.
"Adakah projek itu diteruskan oleh pihak-pihak berkepentingan walaupun mengetahui risiko yang bakal dihadapi? Pihak yang terlibat sepatutnya perlu mengambil kira semua kesan dan risiko yang mungkin akan dihadapi oleh penduduk," katanya.
Justeru, Johari berpandangan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji semula kesan aktiviti penambakan laut itu dan menuntut perhatian serius oleh kerajaan negeri Kedah. Beliau bagaimanapun percaya rakyat Kedah tidak menolak pembangunan, tetapi pada masa sama mahu memastikan alam sekitar dan sumber lautnya terpelihara.
Penduduk setempat membuat aduan projek pembinaan berdekatan laut itu dikhuatiri akan mengancam hasil laut membabitkan lebih 250 keluarga nelayan di situ.
Apa itu projek tebus guna laut?
Faktor kelestarian alam sekitar dan keselesaan penduduk setempat mesti diberi keutamaan dalam apa jua situasi pembangunan yang dirancang. Pembangunan Aman Laut pernah dilaporkan bakal mentransformasikan pasaran hartanah Kedah dan menjadi sebuah bandar baharu yang terletak di pantai Kuala Kedah.
Tebus guna laut merupakan proses pembentukan daratan baru daripada dasar laut atau sungai untuk kegunaan kegiatan manusia. Walaupun projek penambakan laut mempunyai banyak kebaikan, tetapi ia boleh juga mengundang kemudaratan daripada sudut alam semulajadi dan demografi jika tidak diurus dan dilaksanakan dengan baik.
Sebelum ini projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang di Tanjung Tokong, Pulau Pinang dilaporkan menyebabkan kerugian kepada lebih 4,000 nelayan di ne­geri itu. Projek Forest City dan R(amp)F Princess Cove di Selat Johor pada tahun 2014 pernah menimbulkan kebimbangan Singapura mengenai potensi kesan rentas sempadan ke atas negara itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Lama Tak Muncul Dalam Filem, Preity Zinta Ada Sebab Jadi Petani!

gempak
13/09/2021
14:10 MYT
Aktres cantik Bollywood, Preity Zinta kini gembira menjalani aktiviti bercucuk tanam di rumah.
Laman Utama

Tahniah! Hatta Dolmat Terima Pengiktirafan Daripada Malaysia Book Of Record

gempak
23/04/2021
08:20 MYT
Pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record sebagai pereka fesyen pertama di Malaysia yang menghasilkan koleksi lengkap berasaskan kelestarian dan mesra alam.
Laman Utama

"Dari Mana Air Kita Guna Itu Datang?" - Maya Karin Ajak Orang Ramai Jaga Kebersihan Sungai

gempak
06/09/2020
09:49 MYT
Highlights

Hikmah PKP Terhadap Alam Sekitar – Tiada Lagi Air Sungai ‘Teh Tarik’ Dan Pencemaran Udara, Bersihnya!

gempak
28/04/2020
15:12 MYT
Kesan ini dapat dirasai setelah PKP kini memasuki fasa ketiga. Lihat saja udara di luar sana. Langit cerah nan biru, udara bersih dan segar. Air di sungai pula jernih hingga dapat dilihat hidupan di dalamnya. Inilah agaknya hasil daripada tangan-tangan kita yang mengotori dan mencemarkannya.
Berita

Maya Karin Minum Pakai Batang Daun Betik! Ini Respons Netizen...

gempak
08/11/2019
03:28 MYT