SKOP
Kisah Antara Guru dan Pelajar Ini Boleh Buat Anda Tersenyum Sebak
Pengorbanan guru pastinya menjadi perkara penting dalam kehidupan kita sepanjang bergelar manusia. Sebab itulah wujudnya hari guru iaitu 16 Mei bagi mengenang jasa mereka yang telah banyak menyumbang jasa pada masyarakat.
Saban tahun juga kita didedahkan dengan kisah-kisah mereka terutama di media sosial. Contohnya, pada bulan lalu tular satu video mengenai pelajar pekak dan bisu sedang memohon restu dari gurunya.
Bagaimanapun, semalam tular pula kisah seorang guru yang berkongsi pengalamannya berdepan dengan seorang murid yang berperangai pelik. Kisah yang dikongsikan menerusi Twitter guru praktikal ini pastinya akan membuat perasaan anda bercampur baur.
HANYA TENUNG MEJA SEPANJANG KELAS
Kisahnya bermula apabila seorang guru praktikal ini mendapat mandat untuk mengajar kelas yang digelar sebagai 4Einstein.Then bila aku mula nak tanya nama sorang2. Sampai turn dia, dia senyap. Duduk, pandang meja. Tak bergerak langsung. Tanya balik kali, tk jwp— Orked ? (@amymistika) December 5, 2017
Ketika dia mengajar kelas yang dikatakan agak bising itu, terdapat seorang pelajar yang menarik perhatiannya iaitu Yip Kah Shzen.
Perilaku pelajar ini boleh dikatakan agak pelik kerana sering senyap, duduk, pandang meja dan tidak bergerak.
Pelbagai cara untuk mengubah sifat pemalu Kah Szen antaranya mengubah kedudukan meja dan cuba berinteraksi menggunakan bahasa Mandarin.
Usaha terbabit menampakkan hasil, namun Kah Szen masih kekal senyap.
“Dia memang tidak bercakap, dia tenung meja saja,” kata murid lain.
MULA BERINTERAKSI GUNA GOOGLE TRANSLATE

Guru itu terkejut apabila mendapati buku yang diberikan kepada pelajar terbabit rupanya ditulis hampir setiap patah perkataan yang berada di papan putih.
Memang benar, pelajar tersebut menyalin setiap ayat ditulis di hadapan. Setiap ayat!
“Selama ini bukan dia enggan buat, rupanya dia tiada bahan. Hampir 80 peratus yang ditanya dia boleh jawab. Dia hanya perlu lebih perhatian,”

Paling menarik pelajar terbabit berkomunikasi dengan menggunakan Google Translate kerana tidak fasih berbahasa Malaysia.
HADIAH TERAKHIR
Pada minggu terakhir guru ini mengajar di kelas itu, dia menerima satu hadiah paling bermakna daripada pelajar tersebut.And masa seisi bergambar, aku minta dia senyum sbb aku cakap “ni last day saya, please give me a smile“. And he was trying. ? pic.twitter.com/ns3vExmIhq— Orked ? (@amymistika) December 5, 2017
Pada majlis perpisahan atau ‘farewell’ kelas, pelajar itu menghadiahkan satu senyuman buat guru ini.
Itu kali pertama dia kelihatan tersenyum selepas hanya berdiam dan tenung meja sepanjang masa. Siapa sangka pelajar yang dulu dikatakan pelik kerana hanya merenung meja kini boleh tersenyum dan bergaul bersama rakan-rakan lain.
Menurut guru terbabit, Kah Szen mengajarnya erti kesabaran dalam mendidik. Selain itu pelajar ini juga membuktikan setiap insan mempunyai kelebihan kekurangan.
Then dia bg senyuman paling manisss ! Walaupun dia tak cakap senyum tu utk aku. Tp aku rasa dh reward diri sendiri sbb tak prnh putus asa. ? pic.twitter.com/A1FNyRcnf7— Orked ? (@amymistika) December 5, 2017
Must-Watch Video