,
Skop

Mampukah Iron Man Temerloh Ini Menentang Thanos?

Hanafis Haris
24/04/2018
04:43 MYT
Beberapa bulan lalu, Rojak Daily Skop! ada menyiarkan kisah seorang individu yang dikenali sebagai Batman Malaysia.
Namun Batman mewakili DC Comics. Siapa pula yang akan mewakili watak Marvel di Malaysia?
Persoalan akhirnya terjawab apabila munculnya seorang pemuda di Pahang yang digelar sebagai Iron Man Temerloh.
Melihat kostumnya saja sudah rasa kagum. Hampir sama dengan apa yang lihat di filem.
SUT IRON MAN DITEMPAH KHAS
Beli kuih ke tu Iron Man? Namun ia tidak hanya tertakluk pada kostum semata-mata.
Difahamkan, pakaian, beg, kasut, helmet, kereta, taling pinggang, mahupun cadar, semuanya mempunyai elemen Iron Man.
Menerusi Sinar Harian, Mohd Faizal Muda, 34, menyatakan dia mempunyai dua sut adiwira yang ditempah khas.
Minat Haqiem Rusli ke Iron Man? Menurut Faizal, antara barangan pertamanya adalah helmet Iron Man yang dianggarkan bernilai RM800.
Kemudian dia mula melabur lebih untuk membeli sut adiwira berjumlah keseluruhan bernili RM30,000 dari sebuah syarikat di United Kingdom pada 2008.
Sejak itu, karakter adiwira itu mula menguasai setiap ruang di rumahnya.
“Selepas bekerja dan stabil, saya rasakan sudah masanya saya kumpul koleksi karakter kesayangan ini dan menjadikannya sebagai hobi nombor satu,” katanya.
Selain daripada barangan terbabit, Iron Man Temerloh ini juga turut menterjemahkan minatnya menerusi kenderaan kesayangannya itu Proton Wira.
Hasilnya, pelbagai anugerah berjaya dibolot setiap kali memasuki pertandingan.

TERIMA JEMPUTAN AMAL
Kereta Iron Man ini telah banyak membolot kejuaraan. Sama seperti Batman Malaysia, Iron Man Termerloh ini juga turut menerima jemputan untuk menghiburkan kanak-kanak.
Antaranya adalah jemputan di hospital, sekolah dan majlis amal. Selain memberi kepuasan menjadi jelmaan adiwira, ia turut memberi kegembiraan buat kanak-kanak di luar sana.
Anda boleh mengikuti perkembangan lanjut Iron Man Temerloh ini Faizal Fyz.
Related Topics
Must-Watch Video
Laman Utama

Budak Lelaki Nak Jadi Spiderman Biar Diri Digigit Labah-Labah Jenis Black Widow

gempak
11/08/2023
05:53 MYT
Pantau anak-anak anda.
Laman Utama

26 Tahun & Masih Ikonik! Keluang Man Bakal Difilemkan, Siapa Layak Jadi Hero?

gempak
23/05/2022
04:16 MYT
Keluang Man bakal difilemkan!
Laman Utama

Betty Rahmad Kongsi Pengorbanan Erma Fatima Jaga Ibu Positif COVID 19: "Dia Kosongkan Rumah, Mandikan Mak..."

gempak
04/09/2021
14:20 MYT
Hanya ibunya, Asmah dan penjaga Adiwira, Teha yang dijangkiti COVID 19
Hiburan

Filem Adiwira Indonesia, Gundala Bakal Masuk Pawagam Malaysia November Ini!

gempak
01/10/2019
09:03 MYT
Education | Pendidikan

#GempakSpot: “Ini Kisah Adiwira Cikgu Samuel Isaiah, Kisah Yang Aku Rasa Semua Rakyat Malaysia Perlu Tahu” – Mohd Fadli Salleh

gempak
21/05/2019
04:02 MYT